Terdapat beberapa kaedah untuk meminimakan pendedahan kepada radiasi. Jika terdapat tahap radiasi yang berbahaya berhampiran anda, ikut panduan berikut:

  • Jangan keluar rumah sehingga diberitahu keadaan telah selamat. Radiasi menjadi berkurangan selepas beberapa waktu
  • Masuk ke dalam rumah atau bangunan jika anda berada di luar
  • Tutup semua tingkap dan pintu; begitu juga dengan kipas dan penyaman udara
  • Buka baju anda. Letakkan dalam beg plastik dan jauhkan ia daripada anda
  • Basuh semua bahagian tubuh badan yang terdedah dengan sabun dan air suam
  • Kosongkan rumah jika diberi arahan tersebut
  • Jika anda berada dekat dengan punca radiasi dan tidak mempunyai masa untuk  keluar kosongkan rumah, letakkan bahan tebal di antara anda dan punca radiasi
  • Tutup hidung dan mulut anda bagi mengelakkan terhidu udara berbahaya
  • Hubungi 999 jika anda rasa anda telah terdedah pada radiasi. Pihak berkuasa dan hospital akan memberitahu jika anda telah dicemari dan bantuan perubatan boleh diberi seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581