Jika bangunan yang anda diami runtuh atau terdapat letupan, berikut adalah tindakan yang boleh anda ambil:
- Tinggalkan tempat tersebut serta merta
- Bertenang
- Jangan guna lif. Tenaga elektrik mungkin akan terputus dan anda akan terperangkap
- Bawa sekali kit kecemasan jika anda ada masa
- Jika anda tidak boleh keluar dari bangunan, berlindung di bawah apa-apa perabut seperti meja
Jika anda terperangkap oleh timbunan sisa serpihan, berikut adalah panduan untuk selamatkan diri:
- Jangan cuba bergerak terlalu banyak dan kerap. Anda mungkin akan tertendang habuk dengan banyak, ini akan menyukarkan anda bernafas
- Tutup mulut dan hidung anda dengan kain untuk mengelak daripada menyedut habuk dan asap berbahaya
- Untuk memberitahu penyelamat tentang lokasi anda, ketuk paip atau dinding. Elakkan daripada menjerit kerana ini akan menyebabkan anda tersedut habuk berbahaya
- Jika anda mempunyai lampu suluh, gunakan ia untuk melihat dan memberitahu penyelamat di mana anda berada
