Apabila wabak penyakit merebak, kebanyakan kita akan menjadi takut dan keliru. Cara terbaik untuk menghadapi wabak penyakit adalah dengan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang wabak tersebut dan dengar arahan pegawai pihak berkuasa di tempat anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan wabak dan arahan seterusnya, anda boleh dapatkan maklumat dari berita di TV, akhbar, radio dan Internet. Cuba pastikan sama ada ubat atau vaksin diedarkan dan di mana boleh anda perolehinya.

Maklumat lebih lanjut?

Dapatkan maklumat terkini mengenai wabak penyakit di Bahagian Kawalan Wabak Penyakit.

Langkah-langkah Pencegahan Am

Langkah pencegahan meliputi amalan hidup yang sihat yang akan menjauhkan wabak penyakit dari merebak.

Membasuh Tangan

Selalu membasuh tangan anda dengan sabun terutamanya ketika:

  • Selepas menggunakan tandas atau menukar lampin
  • Sebelum dan selepas makan
  • Selepas menghembus hidung, batuk atau bersin
  • Sebelum dan selepas menyediakan makanan (terutama daging mentah)
  • Sebelum dan selepas menjaga orang
  • Selepas menyentuh tangan seseorang atau haiwan
  • Selepas membuang sampah

Tutup Mulut Sewaktu Batuk

Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah. Jika anda tidak mempunyai tisu, batuk atau bersin ke bahagian bahu dan ketiak anda. Basuh tangan dengan sabun atau pencuci tangan.

Vaksin

Pastikan anda dan anak-anak anda telah mendapat suntikan vaksin yang sepatutnya. Ini termasuklah vaksin Hepatitis A and B dan imunisasi bayi dan kanak-kanak.

Penyediaan Makanan

Sediakan makanan dengan cara yang bersih dan masak dan simpan pada kepanasan yang ditetapkan. Jangan makan makanan yang telah dibiar atau ditinggalkan dalam jangka waktu yang lama.

Cara Hidup Sihat

Cuba amalkan diet pemakanan yang seimbang dengan buah-buahan dan sayuran, minum air yang banyak dan tidur dengan cukup serta selalu bersenam. Amalan hidup sihat akan meninggikan sistem imunisasi anda dan mencegah penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581