Alhamdulillah, aktiviti pertama Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana – Squad 99 untuk tahun 2024 telah berjaya diselesaikan.
Pada 2hb Januari 2024, Squad 99 telah dijemput untuk menyampaikan dua pembentangan kertas cadangan kepada dua negeri, iaitu Kedah dan Perlis.
Pembentangan di Kedah berlangsung pada jam 10.00 pagi di hadapan Yang Berhormat Mohd Radhi Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia, dan Sukan negeri Kedah, bertempat di Bilik Mesyuarat di Wisma Darul Aman.
Pembentangan kedua berlangsung pada jam 2.00 petang di hadapan Yang Berbahagia Encik Razif, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, bertempat di Pejabat Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
Alhamdulillah, kedua-dua pembentangan telah menerima sambutan yang amat baik dari kedua-dua negeri dan secara keseluruhannya telah diluluskan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Mohd Radhi Mat Din dan pasukannya, serta Encik Razif dan pasukannya kerana sudi menerima kami.
Tidak ketinggalan juga, terima kasih kami kepada Yang Berbahagia Dato’ Asaari yang menjadikan perjumpaan ini satu kejayaan.
Insya Allah, kami akan hadir untuk pembentangan kedua yang akan membincangkan perlaksanaan program dengan lebih khusus dan terperinci sebelum menjayakan program tersebut.



