Banjir di Terengganu kali ini amat membimbangkan.
Tenaga Nasional Berhad melaporkan mereka terpaksa menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan yang ditengelami banjir.
Alhamdulillah, semalam singgah di PKOB Dungun untuk tinjau peralatan.
Walaupun ketiadaan bekalan elektrik beberapa PPS masih boleh dihubungi.
Terima kasih kepada Pejabat Daerah Dungun yang menyediakan bekalan bateri dan kami hanya membekalkan kabel dari bateri kepada radio.
Tapi malangnya stiker Squad99 yang ditampal pada peralatan HF kami ditanggalkan atau mungkin kerana angin terlalu kuat sehingga tertanggal stiker tersebut.
Takpe, kita tampal yang baru.
Mungkin hari ini 9W2CNO dan 9W2OQQ akan ke sana sekali lagi hari ini untuk tukar kabel antena HF yang terputus.
Hanya itu yang mampu kami sumbangkan.
Video dibawah menggambarkan hubungan komunikasi antara PKOB Dungun dengan salah satu PPS iaitu PPS Kampung Minda, Hulu Dungun.
