Ahli-ahli Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) menyokong komunikasi kecemasan semasa banjir musim monsun di Malaysia dan Thailand.

Bencana alam ini yang telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa di Malaysia, dan 160,000 orang telah dipindahkan ke pusat perpindahan seluruh negara.

Johnny Tan, 9M8DB, daripada MARTS melaporkan bahawa sukarelawan aktif pada frekuensi 7,110 MHz, dengan 3,600 MHz digunakan selepas matahari terbenam, untuk mengendalikan trafik bencana. MARTS telah meminta Komuniti Radio Amatur untuk mengelakkan dari menggunakan frekuensi kecemasan tersebut. Stesen aktif adalah di Kuala Lumpur, Kuantan, Kemaman, dan Bachok, beroperasi pada 50 W dan menggunakan propagasi NVIS.

Tan berkata pada mulanya mereka menggunakan pengulang VHF/UHF, tetapi banjir yang teruk telah menjejaskan bekalan kuasa dan bateri mereka, jadi sukarelawan metukar kepada HF. Sukarelawan MARTS telah menerima kebenaran untuk mengendalikan trafik pihak ketiga.

Di sesetengah tempat penyelamat telah berhadapan dengan deretan bumbung yang muncul dari air berlumpur. Banjir bermusim sentiasa melanda Malaysia hampir setiap tahun, tetapi pakar-pakar menggambarkannya banjir pada tahun ini sebagai yang terburuk sejak sekurang-kurangnya 2004, dan sistem telekomunikasi telah terjejas teruk.

Di samping itu di Terengganu, Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu – Squad 99, turut memainkan peranan dengan membuka pusat komunikasi di Kemaman, Terengganu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581