Kita tahu beberapa laut, pantai dan sungai mempunyai beberapa tempat yang berbahaya. Dan salah satu tempat yang paling bahaya dipanggil arus rip. Saya rasa mmenjadi tanggungjawab saya sebagai perenang air terbuka untuk mendidik rakan-rakan facebook saya, kerana sejak kebelakangan ini, saya dapati beberapa orang yang benar-benar telah hilang kerana arus rip di air pasang ini.

Setiap kali saya pergi ke pantai dengan rakan-rakan dan keluarga saya, ada satu perkara yang saya sentiasa lakukan. Imbas air pasang. Arus Rip boleh dikesan dengan mata hati. Arus rip adalah berbahaya dan ia boleh menyebabkan mati lemas. Sila ambil perhatian. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda.

Di kebanyakan pantai, akan terdapat satu laluan yang tercipta untuk membenarkan air ombak yang sampai ke pantai untuk turun kembali ke laut. Ini terjadi bila ombak terpecah dan air memerlukan laluan baru. Dan laluan ini dinamakan arus rip. Arus rip boleh bergerak melebihi kelajuan perenang tegar dan mengheret mangsa sehingga ke laut.

Antara tanda arus rip ialah,

1. Kelihatan satu laluan tenang sedangkan tempat lain berombak.

2. Warna yang berbeza.

3. Kelihatan buih-buih laut yang membentuk satu barisan ke arah laut.

4. Ombak terpecah..

Ini sangat penting. Saya tidak dapat menjelaskan betapa pentingnya untuk orang ramai mengetahui tentang arus ini. Malaysia bukan macam Amerika Syarikat, di mana di pantai mereka terdapat Pengawal Pantai. Malah di Amerika Syarikat yang mempunyai Pengawai Pantai sekalipun, setiap tahun purata 100 orang lemas disebabkan oleh arus rip ini. Untuk menyelamatkan diri andai terperangkap di dalam laluan arus rip:

1. Belajar berenang.

2. Jangan panik. Bernafas secara tenang dan bersedia untuk ambil nafas dalam. Simpan tenaga dan fikir elok-elok.

3. Jika anda seorang perenang yang lemah, apungkan diri dan biar arus rip menolak anda sehingga ke tengah laut, kemudian berenang ke tepi di mana kekuatan arus rip telah perlahan.

4. Jika anda seorang perenang yang kuat, terus berenang ke tepi, keluar dari laluan tersebut. Satu-satunya perkara yang akan membuat ia lebih teruk adalah jika anda berenang melawan arus. Ia seolah menempah maut. Jangan melawan arus.

5. Jika anda tidak tahu berenang, pada saat anda ditarik, bertenang, tarik nafas panjang dan menjerit minta tolong sambil melambai tangan. Saya berharap seseorang akan berada di sana untuk menolong anda.

Nasihat saya, sentiasa berteman, sentiasa berhati-hati, sebelum melangkah ke laut, imbas dulu arus dan ombak. Belajar berenang dan didik diri dan masyarakat. Pendidikan andalah kunci segala-galanya.

Setiap kali ada kes, saya sedih. Selalu menyalahkan diri, saya harap saya mampu mendidik lebih ramai lagi. Jika ilmu ini dikongsikan, maka lebih ramai dapat diselamatkan.

Daripada Asif, Kapas Marang Swimathon Finisher 2014.

Rujukan
1. http://www.ripcurrents.noaa.gov/overview.shtml
2. http://oceanservice.noaa.gov/facts/ripcurrent.html
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Rip_current

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581