Oleh: Squad 99
Sediakan Pelan Tindakan Bencana
Adakah semua anggota keluarga anda akan melakukan tindakan yang betul sekiranya gegaran gempa bumi berlaku, atau semasa serangan pengganas? Sebelum berlaku bencana, berbincanglah dengan keluarga atau rakan serumah untuk merancang apa yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum, semasa dan selepas bencana.
Setelah gempa bumi atau bencana berakhir, kita akan berhadapan dengan risiko kebakaran, kekurangan utiliti dan kemudahan asas, dan kemungkinan gegaran susulan. Dengan perancangan awal, anda akan lebih bersedia. Pelan tindakan ini juga akan berguna untuk lain-lain kecemasan.
Beberapa agensi kerajaan, sekolah dan pusat perniagaan mempunyai pelan tersendiri untuk menghadapi pelbagai jenis bencana dan kecemasan. Keluarga anda juga harus mempunyai satu pelan. Keselamatan dan kesejahteraan orang yang anda sayangi adalah penting, oleh itu bermulalah dari SEKARANG untuk menyediakan pelan tindakan kecemasan keluarga. Jika anda telah menyediakan pelan tindakan kecemasan, ruangkanlah sedikit masa bermula dari sekarang untuk mengkaji semula dan mengemaskinikan pelan tindakan kecemasan anda.

Rancanglah Untuk Selamat Sekiranya Bencana Berlaku
• Amalan “REBAH, BERLINDUNG, DAN BERTAHAN” untuk selamat semasa berlaku gempa bumi.
• Kenalpasti tempat yang selamat dalam setiap bilik rumah anda, seperti di bawah meja atau apa sahaja yang kukuh.
• Pelajari bagaimana untuk melindungi diri anda, tidak kira di mana anda berada sekiranya bencana melanda.
Merancang Tindakan Selepas Bencana
• Pastikan kasut dan lampu suluh yang berfungsi berada di tepi katil anda.
• Ajarlah setiap orang dalam rumah anda menggunakan wisel kecemasan dan/atau untuk mengetuk 3 kali secara berulang-ulang jika terperangkap di bawah runtuhan. Pasukan penyelamat yang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di bangunan yang runtuh akan cuba mengesan bunyi.
• Kenalpasti keperluan isi rumah dan jiran-jiran tentang keperluan atau situasi khas, seperti penggunaan kerusi roda, tongkat, diet khas, atau ubat-ubatan.
• Ikutilah kursus atau latihan bantuan cemas Palang Merah dan resusitasi cardiopulmonary (CPR). Kenalpasti jiran anda yang pernah mengikuti latihan tersebut.
• Kenalpasti lokasi setiap penutup utiliti dan letakkan peralatannya berdekatan. Tahu bagaimana untuk mematikan gas, air dan elektrik di rumah anda. Matikan gas jika anda terhidu atau terdengar kebocoran gas.
• Dapatkan latihan tentang cara-cara yang betul menggunakan alat pemadam api dari jabatan bomba tempatan.
• Pasang penggera asap dan ujilah peralatan tersebut setiap bulan. Tukar baterinya setahun sekali, atau apabila penggera mengeluarkan bunyi “kicauan” (isyarat bateri rendah).
• Semak dengan bandar atau daerah anda untuk memastikan sama ada terdapat program Pasukan Bantuan Kecemasan Masyarakat (PBKM) di kawasan anda. Jika tiada, cadangkan kepada mereka agar ditubuhkan satu.
Rancang Untuk Berkomunikasi Dan Pemulihan Selepas Bencana
• Cadangkan satu tempat yang selamat di luar rumah sebagai tempat pertemuan keluarga atau rakan serumah berkumpul selepas bencana.
• Tetapkan seorang kenalan atau keluarga yang berada di luar negeri yang boleh dihubungi oleh semua ahli keluarga untuk disampaikan maklumat.
• Sediakan kepada semua ahli keluarga satu senarai nombor telefon kenalan yang penting.
• Tentukan di mana anda akan tinggal jika rumah anda tidak boleh didiami selepas gempa bumi atau bencana lain (mohon pertolongan rakan-rakan atau saudara mara).
• Ambil tahu tentang pelan kecemasan yang disediakan oleh sekolah anak-anak anda. Pastikan kad pelepasan kecemasan sekolah anda anda dikemaskinikan.
• Simpan salinan dokumen penting, seperti kad pengenalan, polisi insurans dan rekod kewangan dalam bekas yang selamat, kalis air, bersama-sama dengan kit bekalan bencana anda. Termasuk inventori isi rumah (senarai dan gambar atau video barangan anda).
Amalkan latihan pelan tindakan anda dari masa ke semasa. Tanya pengasuh anda, penjaga rumah, jiran, rakan sekerja, dan lain-lain mengenai rancangan bencana mereka, dan berkongsi pelan dengan mereka.
