Oleh: Squad 99

Persediaan Haiwan

Apabila anda meyediakan pelan tindakan kecemasan untuk keluarga anda, pastikan anda masukkan sekali pelan tindakan untuk haiwan kesayangan anda. Adalah penting untuk masukkan sekali peruntukan untuk haiwan kesayangan anda kerana ia bergantung sepenuhnya kepada anda untuk penjagaan. Haiwan peliharaan juga boleh memberi keselesaan psikologi selepas gempa bumi atau lain-lain bencana.

Rancangan: Apa Yang Akan Anda Lakukan Semasa Kecemasan?

• Sediakan satu pelan pemindahan sekarang dan ulangkaji pelan tersebut bersama-sama dengan keluarga anda. Selidikilah tempat penginapan yang sesuai terlebih dahulu. Ketahuilah di mana anda dan haiwan kesayangan anda akan pergi selepas berlaku kecemasan. Sila ambil perhatian bahawa beberapa pusat perlindungan kecemasan TIDAK akan menerima haiwan peliharaan. Carilah hotel yang mesra haiwan atau beberapa alternatif lain sebanyak yang mungkin kerana anda mungkin akan diarahkan ke lokasi yang lain.

• Sediakan pelan alternatif dan simpannya di dalam dompet anda. Buatlah perancangan awal tentang pusat-pusat haiwan untuk menempatkan haiwan kesayangan anda sekiranya anda sakit, cedera atau perlu untuk mengosongkan tempat tinggal anda semasa bencana.

• Simpan dokumentasi semasa. Ia adalah satu idea yang baik untuk mengekalkan rekod semasa seperti sejarah perubatan dan pengenalan tentang haiwan kesayangan anda. Semasa bencana maklumat ini amatlah berguna sekiranya haiwan kesayangan anda hilang atau dibawa ke tempat perlindungan. Anda juga harus mempertimbangkan untuk memasukkan mikrocip yang diimplankan ke dalam haiwan anda oleh pakar veterinar sebagai satu cadangan sekiranya ia terpisah dari anda.

Sediakan: Persiapkan Kit Bencana Haiwan

Anda harus mempunyai perkara-perkara berikut yang terkumpul dan sedia untuk di bawa ke mana-mana semasa bencana (simpan dalam beg atau bekas yang kukuh dan ditempatkan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai):

• Sangkar dawai atau pembawa dengan peredaran udara yang baik, bersama-sama dengan peralatan tempat tidur tambahan dan perlindungan dari matahari, hujan, habuk, dan lain-lain dan/atau kalung anjing kuat dan abah-abah atau kolar, dengan peranti pelekap atau carabiner untuk mengikat haiwan kesayangan sementara waktu.

• Makanan, air (selama beberapa hari), mangkuk, dan pembuka tin.

• Bekalan ubat-ubatan selama beberapa hari (termasuk ubat-ubatan anti-tekanan) yang disarankan oleh veterinar. Senarai arahan dos sekiranya anda dipisahkan dari haiwan kesayangan anda.

• Nama, nombor telefon dan alamat veterinar; maklumat mengenai jadual makan, tarikh vaksinasi, masalah perubatan dan tingkah laku dan apa-apa isu lain yang khusus untuk haiwan kesayangan anda (dilampirkan pada sangkar atau pembawa dalam beg kalis air dan tahan kunyah).

• Cari perlindung kaki untuk anjing dan/atau kucing kerana selepas bencana pecahan dan serpihan kaca boleh merbahayakan kaki haiwan. Pelindung kaki juga membantu dalam keadaan cuaca yang sejuk seperti salji.

• Tag pengenalan semasa atau mikrocip pada kolar haiwan.

• Kit pertolongan cemas untuk haiwan dan bekalan seperti kain kasa gulung untuk pembalut, tuala dan selimut.

• Gambar semasa anda bersama haiwan kesayangan untuk membantu anda membuat tuntutan dan gambar haiwan kesayangan anda bersendirian untuk diletakkan pada poster sekiranya ia hilang.

• Maklumat kenalan luar: Anda sendiri, ditambah seseorang yang boleh menjaga haiwan kesayangan anda jika anda tidak dapat berbuat demikian (lampirkan maklumat kenalan anda pada pengangkut).

• Alas tidur dan mainan untuk haiwan bagi mengurangkan tekanan padanya, jika mudah dibawa bersama.

• Beg plastik dan penyodok untuk mengambil dan menyimpan sisa haiwan.

Tindakan: Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Haiwan Anda Hilang

• Segera hubungi atau layari perlindungan haiwan terdekat untuk melaporkan kehilangan haiwan kesayangan anda.

• Apabila keadaan selamat, kembali ke kawasan kejiranan anda untuk menyiarkan atau mengedarkan “Poster Haiwan Hilang”. Pastikan untuk memasukkan nama anda, alamat rumah dan nombor telefon rumah dan tempat kerja. Ia sentiasa membantu jika dimasukkan sekali gambar terkini haiwan kesayangan anda.

• Apabila keadaan selamat, terus mencari di kawasan di mana haiwan anda hilang. Seekor haiwan yang ketakutan mungkin akan bersembunyi selama beberapa hari.

Haiwan Selain Anjing Dan Kucing

• Kuda dan ternakan memerlukan pelan pemindahan masing-masing yang unik. Persiapkan pra-rancangan sebelum kecemasan.

• Burung perlu diangkut dalam sangkar perjalanan yang selamat dengan selimut semasa cuaca sejuk atau ranting pokok semasa cuaca panas.

• Ular boleh diangkut dalam satu sarung bantal tetapi hendaklah dipindahkan ke penempatan yang lebih selamat apabila sampai ke pusat pemindahan. Ambil semangkuk besar air untuk merendam, dan sumber haba. Bawa makanan jika ia sering memerlukan makanan.

• Mamalia kecil dan ayam hendaklah diangkut dalam sangkal yang selamat sesuai untuk ia tinggal semasa ia diberi perlindungan. Bawalah alas tidur, pelapik sangkar, mangkuk makanan dan botol air.

• Tanya veterinar anda tentang cara pengenalan terbaik untuk haiwan anda jika mikrocip bukan pilihan.

Selepas Bencana

Selepas bencana, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda boleh kembali ke rumah anda, jadi bersedialah untuk tinggal beberapa hari atau bahkan satu atau dua minggu lagi. Perlu diingat, walaupun rumah anda telah selamat dan anda dibenarkan pulang, kawasan itu mungkin masih belum lagi selamat untuk haiwan kesayangan anda.

Risiko selepas kebakaran termasuk terbakar atau terpotong kaki, termakan atau terhidu bahan atau sisa toksik, melarikan diri kerana pagar roboh atau lain-lain kerosakan, kehilangan perlindungan dan naungan, dan kekurangan bekalan air, bekalan kuasa elektrik, dan lain-lain perkhidmatan. Banyak risiko yang serupa akan berlaku selepas gempa bumi atau lain-lain bencana.

Perlu diingat, apabila haiwan kembali ke landskap yang telah berubah, ia mungkin kecewa, keliru, dan mudah tertekan. Cuba tenangkan haiwan kesayangan anda sekerap yang mungkin.

Tip Haiwan

Ingat bahawa haiwan kesayangan akan keliru dan kecewa dengan kemungkinan perubahan kepada rutin harian mereka semasa dan selepas bencana. Kami mencadangkan agar haiwan kesayangan dapat membiasakan diri dalam sangkat pengangkutnya dan biarkanlah ia tidur di dalamnya (dengan pintu sangkal terbuka) agar ia boleh menyesuaikan diri. Juga, jika mungkin, ajarlah haiwan itu beberapa arahan asas ketaatan atau ikuti latihan ketaatan supaya ia boleh melihat kepada anda untuk bimbingan dan ia mungkin boleh mengawal kemahuannya untuk melarikan diri selepas bencana. Latihan ketaatan juga akan membuatkan haiwan tersebut lebih bersedia jika ia perlu berada dalam pusat perlindungan jauh dari anda atau ahli keluarga yang lain bagi tempoh masa yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581