Oleh: Squad 99
Tempat Yang Selamat Untuk Belajar
Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai sekolah dalam merancang pelan menghadapi bencana, bertujuan untuk menghadkan risiko, melindungi keselamatan pelajar-pelajar dan guru-guru, dan untuk memastikan sekolah dapat dipulihkan dengan cepat. Walau bagaimanapun, jam sentiasa berdetik. Masa untuk persediaan adalah sekarang.
Kini beberapa negera memerlukan aktiviti persiapan menghadapi bencana tertentu dalam sistem persekolahan mereka. Di Amerika, sebagai contoh, sekolah-sekolah dikehendaki mempunyai pelan tindakan bencananya sendiri dan menjalani latihan “Rebah, Berlindung Dan Bertahan” secara berkala dan mengadakan program pendidikan dan latihan untuk pelajar dan kakitangan. Sama ada diberi mandat atau tidak, semua sekolah harus mempunyai pelan tindakan kecemasan yang menekankan perkara-perkara berikut:
• Mengenalpasti bahaya dan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko.
• Pelan pemindahan dan laluannya.
• Keperluan pelajar dan kakitangan kurang upaya.
• Pelan perlindungan di tapak.
• Bekalan dan peralatan kecemasan.
• Pelan untuk melepaskan pelajar dan kakitangan sekolah.
• Komunikasi.
Ibu bapa perlu tahu dasar dan prosedur sekolah anak-anak mereka semasa berlaku bencana atau krisis. Ibu bapa juga harus memastikan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat hubungan kecemasan mereka. Simpan kad kecemasan terkini yang dikeluarkan oleh pihak sekolah anak-anak anda.
Walaupun perancangan untuk menghadap bencana masa depan mungkin kelihatan berlebih-lebihan, tetapi ia tidak mustahil, dan manfaatnya jauh lebih baik dari masa dan pengorbanan yang dilakukan untuk menyediakan pelan sekolah.
Ia juga penting bagi sekolah-sekolah merancang terlebih dahulu untuk berurusan dengan masalah trauma psikologi selepas bencana. Tanda-tanda untuk diperhatikan ialah termasuk pelajar yang lebih agresif, mereka yang bertindak terlalu bertanggungjawab atau bersikap keibuan, kanak-kanak yang cepat gelisah, cepat marah, di luar kawalan atau dengan sikap pentingkan diri sendiri. Menggalakkan guru-guru untuk berbincang kesemua perkara tersebut dan lain-lain perubahan dalam tingkah laku para pelajar dengan ibu bapa mereka.
Apa yang Boleh Anda Lakukan Sekarang
Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka sama ada di sekolah atau di rumah. Sediakan kit bekalan kecemasan sekolah untuk setiap anak-anak anda. Benarkan mereka membantu anda meletakkan kit tersebut bersama-sama. Apa yang mereka miliki boleh membawa satu perbezaan dan amat besar ertinya bagi mereka jika berlaku bencana. Senarai beberapa barangan yang disyorkan yang boleh dimasukkan ke dalam kit kecemasan bekalan setiap kanak-kanak adalah seperti berikut:
• Air minum kecemasan (bekalan selama 3 hari hingga satu minggu).
• Makanan yang tidak mudah rosak (bekalan selama 3 hari hingga satu minggu).
• Kit pertolongan cemas dan buku panduan.
• Ubat-ubatan yang diperlukan.
• Lightstick atau lampu suluh dengan bateri tambahan.
• Kad Pengenalan.
• Gambar keluarga.
• Tisu basah.
• Selimut.
• Kad pelepasan perubatan.
• Nombor telefon kecemasan.
• Pakaian persalinan
• Mainan yang digemari
Ajari anak-anak anda apa yang perlu dilakukan dalam keadaan kecemasan dan pastikan mereka tahu nama sendiri, alamat, dan nombor telefon serta nama penuh dan maklumat ibu bapa dan orang dewasa lain yang boleh dihubungi.
Nota Istimewa Mengenai Kanak-Kanak
Jika gempa bumi menakutkan kita kerana kita terasa seperti di luar kawalan, fikirkanlah kesannya terhadap kanak-kanak yang mesti bergantung kepada orang dewasa untuk kehidupan mereka. Adalah penting untuk menghabiskan masa bersama kanak-kanak dalam jagaan anda sebelum gempa bumi berlaku untuk menjelaskan kepada mereka mengapa gempa bumi berlaku. Libatkan mereka dalam menyediakan pelan tindakan bencana, sediakan beg gempa bumi, dan amalkan “Rebah, Berlindung Dan Bertahan”. Pertimbangkan simulasi keadaan pasca gempa dengan membiasakan diri tanpa elektrik atau air paip selama beberapa jam.
Selepas gempa bumi, ingatlah bahawa anak-anak akan berada di bawah tekanan yang hebat. Mereka mungkin takut, rutin mereka mungkin akan terganggu, dan gegaran susulan tidak akan dapat dilupakan tentang pengalaman yang lalu. Orang dewasa amat cenderung untuk meninggalkan anak-anak mereka bersendirian untuk berurusan dengan tuntutan darurat, tetapi ini boleh menambahkan tekanan kepada kanak-kanak. Sentuhan tambahan dan sokongan daripada ibu bapa di awal pagi amat bermanfaat dikemudian hari. Kalau boleh, libatkan mereka dalam proses pemulihan.
