Gas Karbon Monoksida adalah gas toksik yang terhasil dari kerosakan alat perkakasan dapur, penjana kuasa petrol atau enjin kenderaan. Ia tidak boleh dikesan menggunakan deria rasa manusia.

Tanda-tanda keracunan gas termasuklah:

  • Pening
  • Loya 
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Muntah
  • Simpton seperti selsema
  • Denyutan jantung kencang
  • Sakit dada
  • Jatuh dalam keadaan sedar, diikuti dengan pengsan dan kemungkinan mati.

Orang tua dan kanak-kanak adalah lebih berisiko tinggi berbanding dengan orang dewasa yang sihat. Jika anda mengalami apa-apa tanda seperti di atas, terutamanya jika lebih  seorang daripada keluarga anda mengalaminya, anda mungkin dalam risiko tinggi untuk terkena keracunan gas.

Sukar untuk memastikan jika seseorang sudah keracunan gas. Ahli-ahli keluarga di dalam rumah boleh mengalami simpton-simpton yang berbeza seperti keletihan, sakit kepala, sakit perut atau mungkin menjadi panas baran. Masalahnya adalah simpton-simpton ini mungkin perkara biasa atau mungkin juga akibat Karbon Monoksida.

Jika anda mendapati rumah anda dipenuhi gas, anda perlu:

  • Buka semua tingkap dan pintu.
  • Tinggalkan rumah dengan segera! Jika anda terdedah kepada Karbon Monoksida, ia boleh menyebabkan kerosakan otak atau kematian
  • Jika anda atau orang terhidu gas ini, hubungi 999 segera. Anda perlukan perubatan dengan segera. Udara segar boleh mengurangkan Karbon Monoksida dengan pantas di dalam badan. Melainkan ujian pernafasan atau ujian darah dilakukan serta merta di tempat kejadian atau dalam tempoh 24 jam, ujian biasa mungkin tidak boleh menunjukkan wujudnya gas tersebut, walaupun sebenarnya seseorang telahpun diracuni olehnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581