KATA PENGANTAR oleh Encik Rahsidi Sabri Bin Muda, KETUA PROJEK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya Unit Civil & Geoinformatics ,TNB Research Sdn. Bhd. telah berjaya menerbitkan buku ‘Panduan NGO dalam Pengurusan Bantuan Bencana Kegagalan Empangan Milik TNB’.
Integrated Community Based Disaster Management (ICBDM) atau Pengurusan Bencana Berasaskan Komuniti Secara Bersepadu adalah gabungan aktiviti dalam pengurusan bencana banjir yang meliputi langkah struktur dan bukan struktur.
la melibatkan kerjasama pakar dari pelbagai bidang untuk membangunkan kaedah yang efektif bagi mengurangkan risiko akibat banjir dari empangan.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada tenaga kerja agensi kerajaan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di atas kerjasama yang diberikan.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada wakil-wakil dari badan-badan sukarelawan bukan
kerajaan (NGO) dan wakil-wakil IPTA yang terlibat dalam bengkel penghasilan buku panduan NGO yang telah diadakan pada 28 September 2019 di Bangi Resort Hotel.
Sebanyak 20 NGO telah berkongsi pengalaman dan memberikan pandangan mereka dalam bengkel tersebut.
Penghargaan Kepada NGO
1 Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana – Squad 99
2. Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia (PBSM)
3. Yayasan Taiwan Buddhist Tzu – Chi Malaysia
4. Islamic Relief Malaysia
5. Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
6. Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO)
7. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
8. Universiti Kebangsaan Malaysia
9. Community Relief Society Malaysia (CRSM)
10. Malaysian Relief Agency (MRA)
11. Majlis Belia Malaysia
12. Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
13. Land & Water Search & Rescue Association Malaysia (LAWSAR)
14. Islamic Medical Association of Malaysia (IMARET)
15. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
16. Malaysian Society for Occupational Safety & Health
17. Angkatan Belia Malaysia (ABIM)
18. People and Skills for Disaster Relief (RedR)
19. Malaysian Society for Occupational Safety and Health / UITM
20. Yayasan Sukarela Siswa (YSS)

Penerbitan buku panduan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan agar NGO dapat meningkatkan kecekapan operasi serta melihat prospek kerjasama jangka panjang di antara NGO dan TNB dalam usaha melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah program pengurusan bencana.
Akhir kata, semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh NGO dan sukarelawan dalam pengurusan bencana berkaitan empangan.
Sekian, terima kasih.


