*KRONOLOGI KEJADIAN*

JUMAAT, 30hb Ogos 2019

1500 : Menerima panggilan kecemasan melalui radio di gelombang 146.010. Jurupandu yang berhampiran, Amri dan Nor Saiful bergegas ke lokasi kejadian.

1535 : Jurupandu tiba di kawasan kejadian. Mendapatkan maklumat lanjut daripada Responder Pertama, Azlan. Bantuan pernafasan telah dilakukan oleh Azlan selama 30 minit. Pemeriksaan anak mata mangsa, nafas dan nadi oleh Jurupandu. Jurupandu (Amri) melakukan 3 pusingan Bantuan Pernafasan.

1540 : Jurupandu (Amri) menghubungi Jurupandu kumpulan USAS (Ferhad & Ainul) untuk pemberitahuan kecemasan. Mendapatkan kebenaran untuk membuat laporan kecemasan berdasarkan faktor jarak, masa dan keadaan persekitaran yang sejuk.

1609 : Mesej pemberitahuan kecemasan melalui WhatsApp telah sampai ke pengetahuan AJK PMGM. Capaian telekomunikasi agak teruk pada waktu tersebut.



1625 : Berjaya membuat panggilan 999 dan membuat laporan kecemasan. Sejurus laporan dibuat, talian komunikasi selular terganggu.

1645 : Jurupandu PMGM, Mohammad, yang berada di kawasan luar menjadi penghubung dengan pasukan keselamatan. Tiba di Balai Polis Lojing bersama Bomba dan Penyelamat Cameron Highland.

1730 : Ketibaan anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

1735 : Jurupandu USAS, Ferhad & Ainul tiba di lokasi kejadian bersama semua peserta. Tidak berjaya mendapatkan talian komunikasi telefon untuk beberapa ketika untuk susulan tindakan daripada pasukan keselamatan.

1830 : Jurupandu Ainul membuat panggilan kepada pasukan keselamatan untuk kebenaran mengendalikan mangsa dan membawa turun mangsa.

1900 : Taklimat perjalanan dan lokasi oleh Qayyum (Kei) dan Mohammad (Mat Dee) di Balai Polis Lojing.

1930 : Jenazah di usung turun oleh 4 orang Jurupandu dan seorang peserta kumpulan. Ainul, Ferhad, Amri, Nor Saiful dan Abang Saiful Kausar.

2000 : Pasukan keselamatan bergerak dan berkumpul di Masjid Lojing. Pasukan pertama, RQ1 terdiri daripada: 2 Anggota Polis Lojing, 16 Anggota Bomba Penyelamat Balai Cameron Highland dan Balai Gua Musang, 2 Jurupandu PMGM, 2 Transport Lojing, 2 Transport awam

2130 : RQ1 bergerak masuk ke Pintu Rimba.

2220 : RQ1 memulakan pendakian ke lokasi kejadian.

2215 : Pergerakan menurunkan mangsa terbatas dengan keadaan trek yang teruk dan kekuatan tenaga kerja tidak mencukupi. Kumpulan tindakan awal membuat keputusan untuk berhenti rehat sementara menunggu bantuan lain tiba.

2230 : Amri dan Nor Saiful turun ke Kem Pelaur untuk menguruskan kumpulan mereka dan memberi taklimat situasi kecemasan semasa.

2345 : RQ1 tiba di Kem Tudung Periuk dan berjumpa dengan ahli kumpulan mangsa. Mendapatkan maklumat kejadian daripada Azlan selaku krew yang memberi bantuan awal kepada mangsa.

2410 : RQ1 mula bergerak ke lokasi terakhir mangsa dibawa turun.

Sabtu, 31hb Ogos 2019

0139 : RQ1 tiba di lokasi jenazah (anggaran 350 meter selepas Simpang Pelaur). Jurupandu kumpulan iaitu Ainul , Ferhad dan seorang peserta, Abang Saiful Kausar masih bersama mangsa. Anggota penyelamat mengambil alih tugas membawa turun jenazah ke Kem Tudung Periuk menggunakan “Sked Stretcher”.

0230: RQ2 dibentuk untuk membantu dalam usaha membersihkan kawasan evakuasi udara. Terdiri daripada 21 orang awam dan diketua oleh saudara Fahmi dan Syamir.

0315: RQ2 mula bergerak menaiki pacuan 4WD ke kawasan Pintu Rimba.

0345: RQ3 dibentuk dan terdiri daripada 2 orang Jurupandu PMGM dan menunggu sukarelawan lain yang ingin membantu operasi.

0417: RQ2 memulakan pendakian dari Pintu Rimba ke Puncak 5 yang akan dijadikan kawasan evakuasi udara.

0515: RQ3 yang terdiri daripada 2 orang Jurupandu PMGM iaitu Sufian dan Akmal mula masuk ke Pintu Rimba menaiki pacuan 4WD.

0545: RQ3 tiba di Pintu Rimba dan terus memulakan pendakian ke lokasi yang telah ditetapkan.

0620: RQ3 berjumpa dengan sukarelawan RQ2 di Puncak 3 dan bergabung.

0625: RQ2 dan RQ3 mendapat arahan dari RQ1 untuk berkumpul di Kem Tudung Periuk.

0645 : RQ1 tiba di Kem Tudung Periuk dan berehat. Pihak BOMBA, Tuan Kashfi menghubungi Unit Udara untuk bantuan udara.

0650: RQ2 dan RQ3 tiba di Kem Tudung Periuk. Semua sukarelawan bergabung bersama RQ1 dan anggota penyelamat yang lain.

0800 : Peserta kumpulan USAS bergerak keluar ke Pintu Rimba oleh Azlan.

0830 : RQ1 dan RQ3 menyambung pergerakan membawa jenazah ke lokasi evakuasi udara iaitu Puncak 5 (LZ). RQ2 diarahkan untuk bersedia di Kem Tudung Periuk.



0910 : Jenazah selamat tiba di Puncak 5, pembersihan kawasan evakuasi udara.

1100 : Peserta kumpulan USAS yang dibawa oleh Azlan selamat tiba di Pintu Rimba.

1530 : Helikopter Unit Pengkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di lokasi evakuasi, Puncak 5.

1545 : Jenazah dibawa naik melalui teknik _winching_ oleh pihak Bomba. Jenazah dibawa ke Hospital Ipoh.
(Hasil bedah siasat: Conory Arteri Disease with Myocardial Fibrosis)

1600 : Jurupandu Kumpulan USAS Ainul , Ferhad , staff USAS Saiful Kausar & anggota penyelamat yang lain bergerak keluar ke Pintu Rimba.

1700 : Jurupandu Kumpulan USAS Ainul , Ferhad , staff USAS Saiful Kausar & semua anggota penyelamat selamat tiba di Pintu Rimba dan bergerak keluar ke Masjid Lojing menggunakan kenderaan pacuan 4WD.

1800 : Bersurai.

Nota :
Communication Center dari Kelab Radio Amatur Cameron Highland mula memantau di jalur komunikasi 146.010 di Masjid Lojing dari pukul 2200hrs sehingga 0900hrs .

Terima Kasih kepada Semua yang terlibat Secara Langsung & Tidak Langsung.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581