Sukarelawan Radio Amatur di Serbia telah ditugaskan dalam waktu yang panjang menyokong operasi menyelamat berikutan banjir yang belum pernah berlaku sebelum ini di kawasan Balkan yang melibatkan Serbia, Croatia, dan Bosnia-Herzegovina.
Jabatan Meteorologist berkata inilah banjir paling buruk yang pernah melanda Serbia sejak lebih daripada 100 tahun. Angka kematian mencecah lebih daripada tiga puluh orang. CNN melaporkan bahawa 13 mayat telah ditemui di bandar Obrenovac, Serbia, di mana Radio Amatur telah menyelaraskan komunikasi kepada krew bot yang menyelamatkan penduduk terkandas. Anggota Perikatan Radio Amatur Serbia (SRS) Nenad Supurovic, YU1TTL, ditempatkan di Obrenovac, selepas mendaftar dengan pusat krisis, untuk menyokong komunikasi di antara penyelamat dan pengurus kecemasan untuk mengesan mereka yang perlu dipindahkan.
“Kami tunjukkan pemancar radio kami, dan [polis] segera membenarkan kami masuk, seolah-olah kami seperti seorang menteri,” Supurovic memberitahu Aljazeera dalam satu wawancara. “Tiada siapa yang menyambut kami. Kami pergi dan melaporkan diri kepada kumpulan Radio Amatur yang baru selesai bertugas. Kami seramai empat orang semuanya. “Beliau berkata rakan Radio Amatur telah dapat menyediakan “rangkaian alternatif “kepada krew menyelamat. Pusat krisis menghantar alamat orang yang perlu dipindahkan, dan sukarelawan Radio Amatur memberitahu krew bot penyelamat ke mana untuk pergi seterusnya. Setiap bot mempunyai seorang penduduk tempatan di atasnya, yang tahu tentang selok belok bandar dan boleh mengarahkan bot ke lokasi yang betul – dalam beberapa kes, walaupun air banjir sudah mengaburkan nama jalan dan nombor rumah.
Marijan Miletić, S56A/N1YU, yang telah memerhatikan keadaan banjir dari Slovenia , memberitahu ARRL bahawa Radio Amatur di Serbia dan Bosnia telah mengaktifkan rangkaian kecemasan selepas banjir, dan Tilen Cestnik, S56CT , telah dihantar ke kawasan yang terjejas untuk membantu. Beliau berkata keadaan banjir di Croatia tidaklah seburuk sebagaimana di Serbia, dan bahawa terdapat banyak bantuan bersama antara bekas republik Yugoslavia. Miletić berkata Zoran Mladenovic, YU1EW, telah mengetuai operasi ibu pejabat di ibu negara Serbia, Belgrade, dengan bantuan pengulang 2 meter dengan kawasan liputan yang luas. Belgrade adalah pertemuan dua sungai Sava dan Danube dan dapat melihat banjir minggu ini.
Ahli SRS Dragan Antonic, YU1UO , meramalkan bahawa sukarelawan Radio Amatur akan diaktifkan sehingga akhir bulan ini. Beliau bekerja di sebuah pusat operasi kecemasan di Belgrade, dan beliau mengganggarkan bahawa rakan Radio Amatur sudah mengendalikan hampir 25,000 lalu lintas.
“Peralatan kami, anggota kami, dan pengetahuan kita digunakan untuk menyampaikan … maklumat kepada rakyat yang diselamatkan,” katanya dalam temubual dengan Kristina Kukolja SBS World News. Beliau berkata komunikasi radio membantu krew melancarkan lagi operasi mencari dan memindahkan mereka dalam bahaya. Sukarelawan Radio Amatur, katanya kepada Kukolja, akan ditempatkan di tempat kejadian “selama mana yang diperlukan.”
Dianggarkan 24,000 orang terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat di Serbia, manakala 30,000 orang telah dipindahkan di Bosnia-Herzegovina. Kerana kadang-kadang berlaku dalam situasi yang serupa, penduduk beberapa kawasan enggan berpindah, kerana mereka tidak mahu meninggalkan rumah mereka.
CNN memetik kenyataan dari Kedutaan Serbia di Washington pada hujung minggu lalu, yang mengatakan bahawa banyak bandar-bandar dan kota di barat Serbia “benar-benar ditenggelami air,” menggambarkan keadaan sebagai “bencana yang tidak dapat dibayangkan.”
Supurovic berkata sebahagian besar orang-orang yang telah dipindahkan kelihatan berada dalam keadaan baik. “Pada mulanya ia kelihatan seperti mereka hanya benar-benar letih,” katanya kepada Aljazeera,” seperti mereka telah menghabiskan masa seharian menaiki pengangkutan awam.”
Sebelum ini, salah seorang rakan Radio Amatur dari Croatia, Nenad Rotter, 9A5AN telah datang menziarahi Squad 99 di Kuala Terengganu.



