Mereka dipanggil operator Radio Amatur, tetapi amatur adalah perkataan yang kurang tepat.

Operator Radio Amatur harus melalui latihan dan peperiksaan untuk mendapatkan lesen FCC mereka, dan itu adalah hobi yang membawa terlalu banyak kegembiraan kepada mereka.

Joe L. Luque telah memenuhi impian sepanjang hayat apabila beliau menjadi Operator Radio Amatur, dan beliau mengatakan hobi yang telah diberikan kepadanya merupakan satu matlamat untuk teruskan kehidupannya.

“Ia adalah penyelamat kepada kehidupan saya kerana saya amat gilakan kerja .. saya bekerja sepanjang hidup dan saya berkerja  di Kor Marin hampir 35 tahun dan AT & T selama 40 tahun dan kini saya telah bersara,” kata Luque.

Bukan sahaja ia merupakan satu hobi bagi pengemar radio amatur, tetapi ia juga boleh menyelamatkan nyawa semasa krisis dan bahaya.

Selama bertahun-tahun pusat komunikasi kecemasan di seluruh negara telah bergantung pada operator Radio Amatur. Apabila semua bentuk komunikasi yang lain gagal berfungsi, Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Awam masih boleh berkomunikasi.

Mereka telah dipanggil untuk membantu semasa berlakunya Taufan Katrina dan kejadian pengeboman semasa acara Marathon Boston.

Operator radio amatur berada di tempat kejadian dan membantu menyelaras evakuasi dan membantu dengan komunikasi kecemasan.

Pusat Operasi Kecemasan Kern County telah menerima peruntukan Keselamatan Dalam Negeri untuk membeli peralatan dan sedang membina sebuah pusat tetap bagi kumpulan tersebut untuk beroperasi semasa krisis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581