Salam sejahtera,
Berikut adalah pengalaman dan pemerhatian saya semasa banjir di Kemaman baru-baru ini.
Pada malam 4 Disember 2013, setelah menerima message dari melalui Whatsapp dari presiden Squad 99 untuk memberi bantuan komunikasi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, saya terus menuju ke Pejabat Daerah.
Saya memperkenalkan diri sebagai ahli Squad 99 yang telah menerima panggilan untuk memberi bantuan komunikasi.
Saya difahamkan bahawa Bilik Gerakan telah putus hubungan komunikasi (secara handphone / landline) dengan beberapa penghulu kawasan.
Saya diminta untuk membolehkan mereka untuk menghubungi penghulu-penghulu tersebut dengan handphone atau landline.
Saya menerangkan ianya diluar peranan kami.
Saya menerangkan peranan kami sebagai bantuan komunikasi semasa bencana dan mereka agak-agaknya faham.
Saya pun menghubungi En. Fahroe, Setiausaha MARES untuk mendapatkan bimbingan semasa bencana sebegini.
Setelah mendapat nasihat En. Fahroe, saya cuba mendapatkan info (preliminary fact-finding) supaya respond team dapat digerakkan mengikut keperluan.
Malangnya, fact-finding session itu tidak berjaya atas sebab pihak yang berada di bilik gerakan tidak faham sepenuhnya peranan kami.
Mereka hendak juga kalau kami dapat membolehkan mereka berhubung dengan telefon.
Oleh sebab itu, saya tinggalkan nombor telefon saya kepada mereka dan beredar dari Bilik Gerakan Pejabat Daerah.
Selepas itu, saya berjumpa dengan En. Rizal (9M2RHC) di Bilik Gerakan ERT untuk memberi bantuan.
Disebabkan repeater 9M4RTA mengalami masalah bekalan elektrik, En.Rizal telah mendapatkan satu repeater set komersial untuk beroperasi dari Bilik Gerakan ERT.
Sekian, terima kasih.
Thanks & regards,
Wan Kok Hoong
9W2WKH
H/P : +6012-3029090
Koleksi Gambar

Mendengar taklimat sebelum bertugas

Pusat Kommunikasi

Operasi membawa bot yang dipimjam dari nelayan bersama PDRM dari Bukit Kuang, Kemaman

Operasi menghantar bot bersama PDRM ke Binjai, Kemaman

Sebelum memulakan tugas bersama PDRM di Binjai, Kemaman

Taklimat sebelum memulakan tugas menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir

Taklimat disampaikan oleh Presiden Squad 99

Ahli kelab 4 X 4 yang turut serta dalam kerja-kerja menghantar bantuan kepaa mangsa banjir

Petugas komunikasi

Berbincang dengan pegawai dari Yayasan Di-Raja Sultan Mizan dan anggota tentera

Y. A. B. Menteri Besar Terengganu bersama Ketua Polis Terengganu

Menghubungi Bilik Gerakan agar menghantar anggota PDRM ke Sek. Men. Cukai, Kemaman

Membantu mengangkat barang bantuan kepada mangsa banjir





Apabila semua talian komunikasi terputus maka kamilah yang menjadi pengantara

Mengiringi D. Y. M. M. Sultan Terengganu melawat mangsa banjir di Kemaman
