Oleh: Squad 99

Anda Tidak Boleh Bermain Papan Lunsur Dalam Ombak Ini!

Anda mungkin tidak tinggal berhampiran pantai, tetapi anda akan melawat pantai dan bandar-bandar di tepi pantai. Di mana sahaja anda tinggal, bekerja atau bermain, gunakan maklumat ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ancaman tsunami dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku tsunami atau amaran tsunami dikeluarkan.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, tsunami bukanlah salah satu dari siri gelombang besar. Ia merupakan satu siri ombak yang paling biasa dihasilkan oleh gempa bumi di bawah dasar laut. Tanah runtuh yang berlaku di dasar laut juga boleh menyebabkan tsunami.

Tsunami boleh bergerak pada kelajuan sehingga 500 batu per jam di laut terbuka dan mencapai ketinggian sehingga 100 kaki di perairan cetek pantai.

Gelombang tsunami pertama jarang yang tertinggi atau yang terakhir. Gelombang akan terus melanda selama beberapa jam, jarak di antara beberapa minit sehingga beberapa jam. Malah, tsunami yang berlaku di Acheh dalam tahun 2004 telah menyebabkan ratusan ribu manusia terkorban apabila mereka pergi ke laut untuk melihat kesan gelombang pertama dan telah dihanyutkan oleh gelombang berikutnya yang melanda selang beberapa waktu kemudian.

Masa yang diambil untuk gelombang tsunami sampai ke pantai bergantung kepada di mana gempa bumi atau tanah runtuh berlaku. Tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi beberapa batu di luar pantai dipanggil ” tsunami penghasilan tempatan”. Ia akan tiba dalam masa beberapa minit dari gempa bumi. Penduduk berhampiran pantai mungkin akan merasai gegaran gempa bumi yang berlaku. Gempa bumi mungkin merupakan satu-satunya amaran tsunami akan berlaku, oleh itu adalah penting untuk bertindak dengan cepat.

Ancaman Di California

Tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi besar yang berpusat berhampiran Alaska dan bahagian-bahagian lain yang jauh ke Lautan Pasifik dipanggil “tsunami sumber jauh”. Gelombang pertama dari peristiwa ini mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke pantai California. Pantai Barat dan Pusat Amaran Tsunami Alaska akan mengeluarkan Amaran Tsunami atau Pengawasan Tsunami jika tsunami Alaska atau Pasifik mengancam California.

Lebih daripada satu dozen tsunami dengan ombak setinggi tiga kaki atau lebih telah melanda California sejak 1812. Enam daripadanya telah menyebabkan kemusnahan. Tsunami yang dihasilkan oleh gempa bumi Alaska 1964 membunuh sedozen penduduk Crescent City dan menyebabkan kemusnahan lebih daripada 34 juta USD. Tiga tsunami membanjiri Santa Barbara pada 1800-an; tsunami yang terhasil daripada gempa bumi Chile telah memusnahkan dermaga di Pelabuhan San Diego pada tahun 1960, dan gelombang satu kaki akibat daripada gempa bumi tahun 1992 di Cape Mendocino dikesan berhampiran Santa Barbara.

Dari segi sejarah, ketika tsunami menyebabkan kematian dan kerosakan di utara California, dan ketika ancaman tsunami “tempatan” dan “jauh” lebih besar di pantai utara, California Selatan juga mempunyai risiko ketara kerana penduduknya yang padat.

Tsunami sering disebut di California adalah apabila amaran tsunami dikeluarkan.

Apakah Amaran Tsunami?

• Amaran tsunami menentukan tsunami yang boleh menghasilkan arus yang kuat dan berbahaya kepada mereka di dalam atau berhampiran di mana air dijangkakan.

• Banjir besar tidak dijangkakan di kawasan-kawasan di bawah status amaran.

• Amaran akan dibatalkan, dilanjutkan atau dinaik taraf kepada amaran bahaya bergantung kepada keadaan.

• Amaran dikeluarkan apabila amplitud tsunami dijangka dalam lingkungan 0.3 hingga 1 meter.

Sebelum Tsunami Atau Amaran Tsunami

• Tentukan ketinggian rumah anda dan jarak kedudukannya dari pantai. Ketahui sama ada anda tinggal di zon bahaya tsunami atau sebaliknya.

• Jika anda tinggal dalam beberapa kilometer dari pantai, kenalpasti lokasi untuk berpindah jika tsunami melanda. Lokasi tersebut hendaklah sekurang-kurangnya dua kilometer ke pedalaman atau 100 kaki dari paras laut.

• Pelajarilah tanda-tanda kehadiran tsunami. Jika air pasang atau surut dengan cepat, segeralah bergerak ke kawasan pedalaman atau ke kawasan yang lebih tinggi.

• Tanya pegawai kecemasan tempatan atau jabatan perancangan kawasan anda, kawasan manakah yang mudah terdedah kepada banjir akibat dari tsunami.

• Cari kawasan perlindungan dan kenalpasti laluan pemindahan yang selamat.

• Wujudkan atau kemaskini pelan tindakan kecemasan keluarga anda.

• Kumpul kit bekalan kecemasan, jika anda masih belum berbuat demikian. Termasuk radio mudah alih.

• Kenalpasti kawan atau saudara mara di negeri lain yang mudah dihubungi oleh keluarga anda.

• Belajar pertolongan cemas.

• Mengajar ahli keluarga bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk mematikan utiliti.

• Sertai Pasukan Tindakan Kecemasan Masyarakat.

Semasa Dan Selepas Tsunami Atau Pengawasan Tsunami

• Jika anda dapat merasakan berlaku gempa bumi, Rebah! Berlindung! Bertahan! sehingga gegaran berhenti. Anggarkan berapa lama gegaran tersebut berlangsung. Jika gegaran teruk selama 20 saat atau lebih, segeralah berpindah ke tanah tinggi kerana tsunami mungkin telah dihasilkan oleh gempa bumi.

• Pindah ke kawasan pedalaman dua batu atau tanah yang sekurang-kurangnya 100 kaki tinggi dari paras laut dengan segera. Jangan tunggu sehingga pegawai mengeluarkan amaran. Berjalan cepat, dan bukannya memandu, untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, serpihan dan lain-lain bahaya.

• Jauhi dari kawasan pantai atau kawasan rendah sehingga notis “selamat” dikeluarkan oleh pegawai kecemasan tempatan. Gelombang mungkin akan terus berlaku selama beberapa jam.

• Gunakan kebijaksanaan. Jangan pergi ke tepi pantai untuk melihat tsunami. Tsunami bukan seperti gelombang biasa yang lain. Ia lebih cepat, lebih tinggi dan dipenuhi dengan sampah sarap.

• Taatlah kepada arahan pemindahan. Dengar radio atau menonton televisyen untuk maklumat kecemasan dan arahan dari pegawai-pegawai tempatan untuk kembali semula.

• Hubungi pejabat perkhidmatan kecemasan tempat anda untuk maklumat lebih lanjut mengenai persediaan menghadapi tsunami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581