1. Pastikan semua suis utama dimatikan apabila meninggalkan rumah di waktu banjir.
  2. Jangan gunakan peralatan elektrik yang telah terkena air. Ia hendaklah dipastikan selamat oleh orang yang bertauliah sebelum digunakan.
  3. Pastikan peralatan elektrik tidak terkena air ketika anda terpaksa meninggalkan rumah di musim banjir.
  4. Jangan hampiri tiang elektrik yang tumbang atau talian elektrik yang jatuh. Hubungi segera pejabat Tenaga Nasional Berhad yang berhampiran – TNB Careline 15454.
  5. Jika alat peranti arus baki (RCD) terpelantik semula ketika anda cuba menghidupkannya, dikhuatiri ada kerosakan pada alat atau pepasangan di rumah anda. Dapatkan khidmat kontraktor berdaftar untuk memeriksa dan membaikinya.
  6. Selepas berlaku banjir, sebaik-baiknya minta kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan pepasangan di rumah anda selamat.

Nasihat Semasa Musim Banjir (RED ALERT)

  1. Makan makan yang dimasak – elakkan makan ulam atau sayur-sayuran yang mentah.
  2. Minum air yang dimasak/air di dalam botol atau air dalam tin.
  3. Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum makan.
  4. Bersihkan badan dengan sabun selepas bekerja di kawasan banjir.
  5. Bahagian luka pada kulit/badan hendaklah ditutup dengan plaster atau ‘dressing’.
  6. Pakai kasut dan seluar panjang jika bekerja di kawasan banjir.
  7. Segera dapatkan bantuan sekiranya terdapat simptom ‘leptospirosis’ seperti demam panas, sakit kepala yang melampau, sakit otot, muntah, demam kuning, mata merah, sakit perut dan cirit-birit. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581