Peraturan pertama dan terpenting sebelum menggunakan pengulang adalah DENGAR DAHULU. Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada seseorang yang mencelah atau mengganggu di tengah-tengah perbualan yang lain tanpa terlebih dahulu memeriksa untuk memastikan pengulang bebas dari perbualan.
Jika pengulang sedang digunakan, tunggu sehingga ia berhenti seketika dalam perbualan (lihat meter S and dan tunggu sehingga ia menurun bagi menandakan pengulang sedang mendengar) dan hanya katakan “KECEMASAN, KECEMASAN, KECEMASAN“, dan tunggu sehingga stesen-stesen lain menjawab panggilan anda. Jika atas sebab-sebab tertentu anda tidak mendengar, maka ulangi perkataan “KECEMASAN” tiga kali lagi. Jika masih tidak dapat mendengar jawapan, cuba pengulang lain yang berdekatan.
Ini bukan radio CB!
Jangan gunakan lingo CB pada mana-mana band HAM seperti “10 – 4”, ….jangan kata BREAKER!
Menggunakan perkataan BREAK, atau BREAK, BREAK atau BREAK, BREAK, BREAK atau mana-mana kombinasinya pada radio HAM boleh disalah faham oleh pengendali radio amatur berdasarkan kepada pengalamannya.
Perkataan “BREAK” atau kombinasinya membawa maksud lain dalam komuniti HAM dan dalam bahasa Inggeris.
Menurut THE EMERGENCY COORDINATOR’S MANUAL suntingan Steven Ewald, WV1X dan disiarkan oleh The American Radio Relay League, Inc., Petikan dari “General Procedures section. Perkataan “BREAK” tidak digunakan kecuali terdapat kecemasan.”
Kemudian seterusnya dalam manual tersebut, ia tidak menggalakkan penggunaan perkataan BREAK dalam kenyataan di atas:
“Note: Amalan menggunakan “BREAK” atau “BREAK BREAK” amat tidak digalakkan; ia tidak mempunyai erti yang universal.”
Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan … gunakan bahasa yang mudah!
Oleh itu bagaimana harus anda laporkan atau bertindak semasa kecemasan pada band HAM?
Ramai rakan HAM menggunakan perkataan, “BREAK, BREAK, BREAK“, (perkataan “break” diulang 3 kali berturut-turut). Amalan ini boleh diterima pada band HF dimana suara mungkin memunyai masalah tetapi pada pengulang, biasanya bunyi bising tidak tidak menjadi masalah, makan dengan menggunakan bahasa “kosong” seperti “KECEMASAN“, DIULANG DUA KALI ATAU LEBIH boleh digunakan untuk mengumumkan bahawa terdapat kecemasan dan kekerapan yang diperlukan untuk geganti maklumat penting … Jika anda mendengar panggilan “KECEMASAN” semasa perbualan anda dengan stesen lain … BERHENTI memancar, sahut panggilan kecemasan dan benarkan mereka menggunakan pengulang seberapa lama yang mereka perlukan dengan segera!
Jangan melengahkan mereka dengan mengatakan sesuatu perintah seperti “Stand by breaker” dan kemudian meneruskan perbualan anda dengan rakan hubungan anda. Sesaat yang disia-siakan boleh menyelamatkan nyawa! Dengarlah dengan teliti dan tuliskan butiran kecemasan mereka. Mereka akan memberikan butiran kecemasan mereka. Kemudian fikir seketika dan tunggu sebelum anda kembali kepadanya …. Ramai rakan HAM lain yang mendengar panggilan kecemasan boleh menjawab SEMUA pada masa yang sama.
Jika seseorang “beats” anda untuk mendapatkan anda kembali, benarkan beliau mengambil alih. Jangan masuk ke dalam perbualan KECUALI jika terdapat keperluan untuk disampaikan. Dalam keadaan tertentu, kerana jarak antara mobil dan pengulang, anda mungkin mendengar mobil LEBIH BAIK daripada pengulang pada frekuensi input pengulang. Ia adalah idea yang baik untuk memantau input jika stesen melaporkan kecemasan menghadapi masalah memasuki pengulang. Anda mungkin berada lebih dekat dengan pelapor berbanding pengulang.
Sama ada atau tidak stesen melaporkan kecemasan stesen pangkalan ATAU bimbit. cuba untuk memantau input pengulang jika terdapat kesukaran dalam penghantaran kecemasan.
JIKA ANDA MELAPORKAN KECEMASAN:
Apabila menggunakan SUARA, gunakan standard antarabangsa “MAYDAY” atau yang difahami antarabangsa “EMERGENCY” untuk mengumumkan trafik terpenting seperti hidup atau mati.
Prosedurnya haruslah seperti berikut:
1. Pilih frekuensi pengulang.
2. Tunggu untuk ruang diantara transmisi jika pengulang sibuk.
3. Tekan PTT anda dan katakan …”KECEMASAN, KECEMASAN, KECEMASAN” lepaskan.
4. Tunggu untuk maklum balas dari pengguna pengulang. Jika anda tidak mendapat jawapan, cuba pengulang lain.
Apabila anda membuat hubungan, nyatakan tanda panggilan (CALLSIGN) anda dan laporkan maklumat tentang kecemasan selengkap yang mungkin. Jangan panik, bercakap dengan perlahan dan jelas supaya kandungannya difahami pada laporan pertama! Sentiasa memberi maklumat tepat dan khusus. Berikan butir-butir LOKASI kejadian dengan tepat dengan menjelaskan keterangan tempat kejadian agar ia boleh dikenalpasti oleh penerima pertama. Jangan berkata … di lebuh raya 60 dan setakat itu sahaja. Kenderaan kecemasan memerlukan lokasi yang tepat. Ingat! Satu saat atau satu minit boleh menyelamatkan nyawa.
Nyatakan bilangan “mangsa”, jika boleh. Adakah ia melibatkan kebakaran, talian letrik terputus, lalu lintas terhalang akibat dari kejadian tersebut yang boleh mengakibatkan bahaya selanjutnya? BUTIRAN, BUTIRAN, BUTIRAN.
Mereka yang menerima laporan anda mungkin akan menyalin infomasi tersebut ke atas kertas agar ia boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkuasa. Bantu beliau untuk membantu anda!
Jika secara kebetulan anda perlu menggunakan kod morse apabila melaporkan kecemasan, maka:
Signal CW yang standard ialah “SOS,” dihantar sebagai satu perkataan — bukan diselangi sebagai tiga huruf.
CONTOH: DIT DIT DIT DAH DAH DAH DIT DIT DIT dan BUKAN, dit dit dit SPACE dah dah dah SPACE dit dit dit.
CATATAN: Banyak sistem pengulang membenarkan sentuhan pad nada “999” terus ke operator 999 dan sistem laporan kecemasan. Semak dengan pemilik sistem pengulang atau pengendalinya untuk maklumat SEBELUM ANDA PERLU TAHU.
Apabila membuat panggilan 999 secara langsung dari stesen anda, pastikan pengendali 999 memahami bahawa anda memanggil melalui radio HAM dan dia tidak boleh bercakap atau (didengar oleh anda) sehingga anda telah lepaskan PTT radio anda. Menggunakan istilah “OVER” sangat membantu antara anda dan pengendali 999. Ia tidak seperti menggunakan telefon bimbit. Ia adalah satu cara (separuh duplex) penghantaran menggunakan pengulang dan bukan simplex dengan telefon bimbit biasa atau telefon talian tetap. Kedua-dua parti TIDAK BOLEH bercakap pada masa yang sama!
Gunakan bahasa yang mudah di pengulang. Jika anda ingin mengetahui lokasi seseorang, katakan “Di mana anda … atau di manakah lokasi anda?” Jika anda ingin tahu sama ada seseorang yang sedang bercakap dengan anda menggunakan rig mobil atau radio tangan, hanya tanya: “Apakah jenis radio yang sedang anda gunakan?” Pengulang yang paling banyak digunakan adalah bersifat “tempatan” agar kualiti isyarat yang diterima tersangat tinggi. Penggunaan huruf fonetik sangat membantu pada masa-masa tertentu.
Jangan panggil CQ untuk memulakan perbualan di pengulang. Memadai dengan hanya mendengar untuk memastikan pengulang tidak digunakan dan kemudiannya tekan kekunci mikrofon dan sebut call sign anda.
Jika kebetulan seseorang sedang mendengar dan mereka mahu bercakap dengan anda maka mereka akan bertindak balas.
Apabila anda menggunakan pengulang, tunggu beberapa saat di antara pertukaran untuk memberi peluang stesen lain bergabung atau membuat panggilan cepat. Kebanyakan pengulang mempunyai “Nada Ihsan” (bip yang pendek ….. beep atau siri beep) yang akan membantu dalam menentukan berapa lama untuk berhenti seketika.
Pengulang mempunyai fungsi masa tamat yang akan menutup pemancar jika pengulang dipegang begitu lama dari masa yang telah ditetapkan (biasanya tiga atau empat minit). Ini bagi memastikan pancaran seseorang tersangkut atas apa-apa sebab, ia tidak akan memegang penghantaran pengulang untuk selama-lamanya. (Jangan ketawa, mikrofon mungkin tersangkut pada lipatan kerusi kereta dan akan menyibukkan pengulang sehingga tamat masa.
Sudah tentu jika pengendali mobil tidak tidak perasan … pengendali kawalan pengulang mungkin terpaksa menutup pengulang sehingga masalah tersebut dapat diperbetulkan.) Apabila HAM sedang bercakap dan melepaskan kekunci PTT pada radionya, pengawal di pengulang mengesan kehilangan pembawa dan mengubah kembali masa tamat pada timer pengulang.
Apabila timer diubah, pengulang menghantar nada ihsan. Jika anda menunggu sehingga anda mendengar bip (biasanya beberapa saat), sebelum anda menjawab, anda boleh pastikan bahawa anda berhenti panjang pada masa yang sesuai. Selepas anda mendengar bunyi bip, penghantar pengulang akan kekal selama beberapa saat sebelum mematikannya. Ini disebut sebagai “tail (ekor)”. Panjang ekor adalah berbeza-beza dari satu pengulang dengan pengulang yang lain tetapi puratanya adalah kira-kira 2 atau 3 saat.
Anda tidak perlu tunggu sehingga :ekor menurun” sebelum menekan ptt sekali lagim tetapi pastikan anda mendengar nada ihsan sebelum meneruskan.
CATATAN: Jika anda tidak menunggu bip, timer tidak akan diubah semula. Jika tamat tempuh anda di pengulang, perbualan anda selepas tamat tempuh tidak akan didengari.
Fungsi tamat tempuh pengulang tidak peduli sama ada anda sedang bercakap atau tidak; dan stesen yang menerima akan mengejek anda tentang meleding mesin dan anda telah sia-siakan semua perkataan yang anda ucapkan. Apakah Doubling (mendua)? Apabila dua stesen cuba untuk bercakap pada masa yang sama pada pengulang yang sama, isyaratnya akan bercampur di pengulang dan akan menyebabkan bunyi berdengung, nyaring, bunyi herot atau perkataan yang teruk bercampur aduk dan pecah.
Apabila anda terlibat dalam perbincangan meja bulat dengan beberapa stesen lain, ia adalah sesuatu yang terbaik untuk melepaskan pengulang kepada orang tertentu (stesen) dan bukannya meninggalkannya di udara. Contohnya “9W2??? akan mengambil, disini 9W2???”, kemudian lepaskan PTT; atau …
“Adakah anda mempunyai apa-apa komen Fred?, disini 9W2???; lepaskan PTT.
Anda juga boleh berkata “OK … itu saja yang saya ada … kembali kepada anda Fred” atau orang seterusnya dalam pusingan … (lepaskan PTT) ….
Kegagalan untuk menggunakan ini atau teknik lain akan mengundang kepada kekeliruan.
Sebagai titik terpenting, pengulng akan mengunci kepada signal FM yang terkuat. Ini adalah sifat FM. Isyarat yang kuat selalunya menang.
