Banyak kaedah boleh digunakan untuk mempelajari kod morse. INGAT – belajar morse melalui bunyi, bukan secara visual atau menghafal dit dah. Terdapat pelbagai software yang boleh digunakan sebagai alat bantu-belajar, antaranya cwplayer, G4FON (Kaedah Koch).
Kalau nak cerita pasal kaedah belajar CW ni antara yang terkenal ialah Koch Method, Farnsworth method dan lain-lain lagi.
Perlu diingatkan di sini, apa jua software dan kaedah yang digunakan, ianya hanya membantu setakat untuk mengenal bunyi huruf dan karakter.
Selebihnya perlu latih tubi sendiri – DENGAR DAN SALIN hingga ke hari peperiksaan.

Penulis hanya ingin menyentuh software cwplayer dalam perkongsian kali ini. Tiga komponen utama yang perlu ada dalam diri untuk belajar CW ni; Tekad & Nekad, Sabar, dan Tidak Putus Asa.
Tiada masa? cari masa!. 5 minit satu sesi per hari memadai dari tidak ada langsung. Jangan lebih 30 minit per sesi. Jika letih, berhentikan latihan seketika dan rehat, serta teruskan latihan sekiranya mampu lagi.
Bagi yang belum ada cwplayer, boleh muat turun di url http://www.squad99.org/sq/download/cwplayer.zip . Unzip kemudian buka cwplayer.exe.
Software dah ada, persoalannya dimana perlu mula? Kaedah dan cara belajar yang betul menggunakan cwplayer penting dan membantu menentukan cepat atau lambat dalam mengenal bunyi huruf serta karakter yang lain.
Software dah ada, persoalannya dimana perlu mula? Bagaimana teknik yang betul?
Kaedah dan cara belajar yang betul menggunakan cwplayer penting dan membantu menentukan cepat atau lambat dalam mengenal bunyi huruf serta karakter yang lain.
INGAT – Jangan menghantar (sending) dahulu sebelum mampu menerima (receiving) atau kenal semua bunyi huruf dan karakter. *Anda akan cuba membilang dit dan dah semasa menghantar, dan ini akan melambatkan lagi proses mengenal bunyi huruf. Jangan risau, untuk menghantar tidak susah, anda akan boleh menghantar secara automatik apabila boleh menerima.
Sekarang kita beri tumpuan bagaimana langkah untuk bermula dengan cwplayer. Tidak kira anda guna versi baru atau lama, langkah asas nya sama.
Versi baru 4.0 saya amati terdapat penambahan dari segi peralatan (tools) dan pilihan (option), seperti dalam QUIZ, pelbagai delay boleh disetkan, penambahan option QSB Setting yang boleh dimasukkan ketika receive seakan-akan seperti situasi sebenar CW di HF.
Apa yang lebih menarik, terdapat decode function (MONITORING function), jika komputer anda mempunyai built-in microphone, terus boleh guna untuk decode bunyi CW, tetapi perlu adjust betul Audio decoding dan Decoder Threshold untuk mendapatkan terjemahan CW yang jitu.
Anda perlu bermula dengan QUIZ dengan cwplayer. Setkan speed pada 10wpm/11wpm/12wpm (jika pada peringkat permulaan tidak boleh menerima 12wpm, turunkan speed, minimum ke 10wpm, turun lebih dari itu, irama bunyi sudah berubah). Sound level dB default ialah value -9. Boleh ubah untuk keselesaan menerima.
PERLU diingat – pitch atau tone CW tidak kritikal semasa menerima, anda sepatutnya mampu menerima apa sahaja pitch atau nada CW sama ada tinggi atau rendah sekiranya sudah mampu mengenal bunyi huruf dan karakter. Walaupun bunyi nada rendah seakan dalam kapal selam.
Number of characters to generate, tetapkan pada antara 200-300. Lagi banyak lagi bagus. Delay to answer, tetapkan pada 3 second(s) pada peringkat permulaan, dan turunkan kepada 2, dan 1 apabila sudah berjaya menjawab QUIZ dengan straight 100% betul. The characters to play are – tetapkan huruf dan karakter yang ingin dimainkan secara rawak.
Nah di sini anda mempunyai pilihan, sama ada ingin belajar terus dari A-Z, ataupun dengan kumpulan huruf yang lebih mudah dan cepat. Saya menerima feedback dari pengguna yang mengatakan jika bermula dengan kumpulan huruf, akan timbul masalah apabila di peringkat RANDOM (final stage).
Masalahnya ialah pengguna akan bermasalah bila menerima gabungan 2 atau lebih kumpulan huruf. Saya mempunyai penyelesaian masalah itu dengan menggabungkan 2 atau lebih kumpulan huruf semasa di peringkat QUIZ lagi.
Pada mulanya memang akan merasa sedikit susah, lama kelamaan akan selesa. Perlu diingat, dalam pembelajaran CW, semua perkara akan susah pada peringkat permulaan, namun PENYELESAIANNYA ialah teruskan sahaja latihan, dan masalah tersebut akan selesai dengan sendirinya.
Ini berdasarkan pengalaman saya, 9M2MSL, 9M2VOT dan 9M2AVB yang boleh saya masukkan di sini sebagai pengguna TESTIMONI.
Mereka ini termasuk saya, betul-betul bersedia semasa hadir peperiksaan dan lulus sekali hadir peperiksaan. Terima kasih kepada 9M2VOT yang banyak memberikan langkah yang betul menggunakan cwplayer ini.
Tiga komponen penting dalam pembelajaran CW :-
- Learn a little but often
- CW by it sound and rhythm, not dit and dash.
- Repeatition is the key to success
Klik OK apabila semua tetapan telahpun dimasukkan. Komputer akan mainkan bunyi huruf dan anda perlu tekan huruf di keyboard. Smiley akan memberitahu sama ada jawapan anda betul ataupun tidak.
Akhir sesi, anda akan mengetahui peratusan betul dan huruf serta karakter mana yang banyak silap. Jika ingin bermula dengan kumpulan huruf, berikut ialah separuh dari 26 huruf;
Kumpulan 1e, i, s, h
Kumpulan 2t, m, o
Kumpulan 3n, d, b
Kumpulan 4a, w, j
Nah anda telah pun ada 13 huruf, separuh dari 26 huruf. Separuh kumpulan huruf ini mudah. Anda akan selesa semasa latihan dan akan memberikan motivasi untuk meneruskan latihan.
Mulakan dengan kumpulan pertama, sehingga betul straight 100% betul 200-300 (number of character to generate), baru beralih ke kumpulan berikutnya.
Kemudian gabungkan kumpulan kedua dan pertama tadi sebelum beralih ke kumpulan berikutnya. Begitulah langkah seterusnya.
Anda harus bermula dengan QUIZ. QUIZ akan membantu anda mengenal bunyi huruf dengan cepat. Berapa banyak dan konsisten latihan QUIZ anda akan menentukan berapa cepat anda mengenal bunyi huruf. Setiap individu berbeza dari segi tempoh untuk mengenal bunyi huruf.
Ada yang sebulan, sebulan setengah, 2 bulan, mahupun lebih. Tetapi itu bukan isunya. Matlamatnya ialah pada akhirnya, anda kenal bunyi huruf.
Saya sendiri mengambil masa 2 bulan untuk mengenal bunyi huruf. Sudah tentu, CW ini merupakan suatu yang baru bagi saya ketika mulakan latihan dahulu.
Perlu diingat, jangan terlalu lama ketika berada di peringkat QUIZ ini. tetapkan masa tidak lebih 3 bulan. Kerana masa banyak perlu diluangkan ketika berada di peringkat RANDOM, sebagai persediaan terakhir untuk peperiksaan.
Oleh: 9M2 BAL
