Anda mungkin berharap ia tidak akan berlaku, tetapi jika sekiranya berlaku pasti tidak dapat di elakkan. Setiap kecemasan yang datang adalah berbeza, oleh itu, prosedur langkah demi langkah tidak banyak boleh membantu. Berikut adalah beberapa prinsip asas untuk diikuti.
Apabila bencana melanda, lakukan seperti berikut:
1. Pastikan diri anda, keluarga dan harta benda anda berada dalam keadaan selamat dan terjamin sebelum anda menyahut tugas sebagai sukarelawan komunikasi kecemasan (emcomm).
2. Pantau frekuensi kecemasan utama anda.
3. Ikuti arahan yang anda terima daripada “net controller” atau lain-lain pegawai kecemasan di frekuensi.
Daftar diri jika pendaftaran di perlukan.
4. Hubungi ketua komunikasi kecemasan tempatan atau mereka yang ditetapkan untuk arahan selanjutnya.
Pastikan anda lurus ke hadapan dan ikuti latihan anda agar anda dapat membantu dan bukannya penghalang dalam situasi kecemasan.
Laporkan kemalangan atau lain-lain kejadian
Melaporkan kemalangan adalah perkara biasa. Sesiapa yang menghabiskan masa memandu akan lebih kerap bertemu dengan kemalangan. Anda boleh menggunakan radio amatur untuk melaporkan kemalangan, kereta rosak dan kebakaran. Jangan membuat andaian orang yang mempunyai telefon bimbit telah melaporkannya. Pastikan anda tahu bagaimana untuk melaporkan kejadian dengan cepat dan jelas.
Jika anda mempunyai situasi kecemasan untuk dilaporkan, ikuti langkah-langkah berikut jika radio anda mempunyai “autopatch”:
1. Buka kuasa radio anda kepada hadnya dan katakan dengan jelas, “Break” atau “Break Emergency” pada peluang pertama.
Jika satu stesen lemah, signal yang lebih kuat boleh mendapat perhatian stesen lain yang mendengar. Jangan malu untuk mengganggu perbualan yang sedang berlangsung.
2. Selepas anda dapat menguasai pengulang atau frekuensi dikosongkan, nyatakan bahawa anda mempunyai kecemasan untuk dilaporkan.
3. Nyatakan dengan jelas bahawa anda sedang membuat autopatch kecemasan (satu ciri yang membolehkan anda membuat panggilan telefon dari pengulang anda) dan kemudian aktifkan sistem autopatch.
Jika anda tidak dapat mengaktifkan autopatch pengulang, minta bantuan pengguna pengulang yang lain untuk mengaktifkan untuk anda. Atau, melalui HF atau VHF anda boleh meminta seseorang untuk membuat relay kecemasan kepada 999. Laporkan kesemua perkara yang perlu dan kemudian tunggu difrekuendi sehingga stesen yang dikaitkan melaporkan kepada anda bahawa maklumat yang disampaikandan panggilan telah tamat.
4. Dial 999 dan apabila operator menjawab, nyatakan nama anda dan anda sedang melaporkan kecemasan melalui radio amatur.
5. Dari situ ikuti arahan dari operator.
Jika operator meminta anda tunggu ditalian, lakukannya dan minta pengguna pengulang yang lain untuk bersedia.
6. Apabila operator selesai, lepaskan autopatch dan umumkan bahawa anda telah lepaskan autopatch.
Sama ada anda menggunakan ciri-ciri autopatch pengulang atau menyampaikan laporan melalui pengguna pengulang lain, anda perlu menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas. Untuk melaporkan kemalangan jalanraya anda seharusnya mengetahui:
- Nombor jalanraya atau lebuhraya
- Alamat atau penanda kilometer pada lebuhraya yang tepat
- Arah atau laluan di mana kemalangan berlaku
- Sama ada kemalangan tersebut menghalang lalu lintas yang lain
- Sama ada kecederaan mangsa serius
- Sama ada kenderaan tersebut terbakar, atau mengeluarkan asap atau berlaku tumpahan minyak
Sama ada berlaku kebakaran atau lain-lain bencana, pasukan penyelamat mahu tahu di mana ia berlaku dan berapa seriuskah kejadian tersebut. Jangan membuat andaian jika anda tidak tahu yang sebenar! Laporkan apa yang anda pasti sahaja, jangan menambah fakta untuk memperindahkan laporan.
Membuat dan menjawab kepada panggilan kecemasan
Sebelum kecemasan berlaku, pastikan anda tahu membuat panggilan kecemasan di frekuensi di mana ramai rakan ham yang mendengar, seperti di rangkaian servis marina atau di pengulang yang mendapat liputan yang meluas. Jika boleh simpan sekurang-kurangnya satu dari frekuensi ini di dalam memori radio anda. Sesiapa sahaja, sama ada berlesen atau tidak boleh menggunakan peralatan radio anda semasa kecemasan untuk meminta pertolongan atau bantuan melalui mana-mana frekuensi. Anda tidak mempunyai masa untuk melihat direktori semasa kecemasan. Lakukan seperti berikut apabila membuat panggilan kecemasan:
- Jika anda perlu bantuan kecemasan segera, signal suara yang paling sesuai ialah MAYDAY dan signal morse cod yang paling sesuai ialah SOS (Ya, sama seperti di dalam wayang).
• Lokasi Anda (latitude/longitude) atau alamat tempat berlaku kecemasan
• Bentuk kecemasan
• Apakah bentuk bantuan yang anda perlukan — sama ada bantuan perubatan atau pengangkutan
- Ulangi signal kecemasan dan call sign anda selama beberapa minit atau sehingga anda mendapat jawapan. Walaupun anda tidak mendengar jawapan, orang lain mungkin mendengar anda.
- Cuba di frekuensi lain jika anda tidak mendapat jawapan. Jika anda berhasrat untuk menukar frekuensi, umumkan frequensi mana yang akan anda pindah agar sesiapa yang mendengar anda bleh mengikuti anda.
Jika anda mendengar signal kecemasan di udara:
- Carilah sesuatu untuk merekodkan maklumatnya dengan segera. Catatkan masa dan frekuensi panggilan tersebut. Untuk membantu pihak berkuasa menyalurkan bantuan secepat mungkin, catatkan maklumat berikut.
• Lokasi (latitude/longitude) atau alamat tempat berlaku kecemasan
• Bentuk kecemasan
• Apakah bentuk bantuan yang diperlukan — sama ada bantuan perubatan atau pengangkutan
• Lain-lain maklumat yang berguna
- Menjawab panggilan. Katakan “[Sebutkan call sign pemanggil], di sini [call sign anda]. Saya menerima panggilan kecemasan anda. Apakah situasi anda?”
- Selepas anda memperolehi maklumat, minta stesen yang berada dalam kecemasan menunggu di frekuensi.
- Hubungi agensi awam atau nombor kecemasan yang berkenaan, seperti 999. Ikuti arahan pembantu kecemasan satu per satu. Pembantu kecemasan mungkin akan meminta anda bertindak sebagai orang tengah di antara mereka dan stesen yang berada dalam kecemasan.
- Laporkan kembali kepada stesen yang berada dalam kecemasan dengan segera. Nyatakan kepada mereka siapa telah anda hubungi dan apa-apa maklumat yang di minta anda sampaikan kepada mereka oleh pembantu kecemasan.
- Tunggu di frekuensi selagi stesen yang berada dalam kecemasan atau pihak berkuasa memerlukan bantuan anda.
Menyokong komunikasi kecemasan di luar kawasan anda
Apa yang akan anda lakukan jika sekiranya bencana atau situasi kecemasan di luar kawasan anda? Bagaimana anda boleh membantu? Langkah terbaik ialah berada di tapak petugas komunikasi, tetapi hanya apabila dipanggil. Kerana kebanyak maklumat penting dari kawasan bencana mengalir keluar, bukan ke dalam, oleh itu anda tidak mahu menjadi penghalangnya.
Jika ribut besar melanda Kuala Terengganu, berhubung ke udara dan memanggil “CQ Kuala Terengganu” adalah tindakan yang bodoh. Peluang anda memberi bantuan adalah minima dan tindakan anda sebenarnya mengalih beberapa keperluan kecemasan sebenar dari pihak berkuasa. Sebaliknya berilah sokongan rangkaian komunikasi yang amat diperlukan oleh Ham Kuala Terengganu. Berdaftarlah dengan pihak berkuasa yang terlibat dengan komunikasi kecemasan dan pantaulah sekiranya terbapat sebarang mesej yang perlu disalurkan ke lokasi anda. Pantau keadaan cuaca tempatan dan mana-mana rangkaian frekuensi kecemasan. Menala ke saluran yang menyokong propagasi ke Terengganu, sekiranya terdapat mereka yang memohon bantuan.
Anda perlu membantu melancarkan pengaliran maklumat keluar dari kawasan bencana, bukannya menambah kemasukan maklumat ke dalam. Dengar, dengar, dengar. Itulah nasihat terbaik untuk diikuti.
