Bermula 1hb. Januari 2020, tidak banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan kecuali mengadakan Kelas untuk mereka yang akan menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau lebih dikenali dengan nama ‘Amateur Radio Examination (RAE)’. Mendaftarkan mereka yang mahu menduduki peperiksaan tersebut dan mendaftarkan semula mereka yang telah tamat Lesen Radio Amatur.

Kami amat berharap untuk mengadakan satu program yang agak besar pada sekitar bulan Ogos atau bulan September tetapi terpaksa ditangguhkan akibat virus corona atau Covid-19 melanda dunia.

Dengan ketiadaan aktiviti pada tahun ini apa yang mampu kami lakukan ialah mengimbau kembali apa yang telah kami lakukan tahun sebelumnya.

Sebenarnya tidaklah banyak program yang kami lakukan sepanjang tahun 2019, tetapi alhamdulillah memadailah untuk sebuah kelab yang kecil.

 Bermula pada 17hb. Januari 2019 kami menerima satu set sistem solar yang disumbangkan oleh encik Zawawi

10hb. Mac 2019 dijemput untuk membentang kertas kerja di Paya Bunga Hotel.

19hb. Mac 2019 mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YAM Dato’ Sri Bijaya Raja.

21hb. April 2019 membantu rakan yang mengalami kerosakan kereta di Cameron Highland.

13hb. Jun 2019 melakukan kunjungan  hormat ke pejabat Tuan Zulkarnain, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Terengganu.

20hb. Julai 2019 menyertai Simposium Radio Amatur Malaysia di Dewan Auditorium MCMC Cyberjaya. Simposium ini telah dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Radio Amatur Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

18hb. Ogos 2019 melakukan kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia cawangan Terengganu  sempena pembukaan cawangan..

29hb. Ogos 2019 membantu rakan yang mengalami kerosakan tayar kereta..

31hb. Ogos 2019 menyediakan perkhidmatan komunikasi radio untuk pembarisan menyambut Hari Kemerdekaan.

05hb. September 2019 menyediakan perkhidmatan komunikasi radio untuk acara roadshow Toyota Gazo dari Stadium ke Pasarnita Tanjung.

228hb. September 2019 dijemput menyertai program ‘Bengkel Penyediaan Buku Panduan NGO Dalam Pengurusan Bantuan Bencana Empangan’. Program ini telah dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad Bahagian Pengurusan Empangan dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan National Disaster Management Agency (NADMA) di Bangi Resort Hotel dan dirasmikan oleh Dato’ Zahari, Ketua Pengarah NADMA.

01hb. Oktober 2019  melakukan kunjungan hormat ke pejabat Y. Bhg. Puan Afnida Aini binti Alwi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat negeri Terengganu.

05hb. Oktober 2019 menganjurkan program ‘Kursus Radio Amatur Komunikasi Bencana untuk kali pertama di negeri Terengganu. Alhamdulillah kursus ini mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran hampir 150 orang yang terdiri dari anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, Anggota Bomba dan Penyelamat dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pelajar kolej dan universiti, ahli kelab radio amatur dan pemimpin masyarakat.

Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu – Squad 99 dengan kerjasama Kerajaan negeri Terengganu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), National Disaster Management Agency (NADMA) dan juga rakan strategik kami dari KLDX.

08hb. Oktober 2019 turut serta dalam program ‘Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019 anjuran kerajaan negeri Terengganu di Kompleks TD1303. Karnival ini elah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

17hb. Oktober 2019 majlis perjumpaan dengan NGO negeri Terengganu

30hb. Oktober 2019 menghadiri program ‘Taklimat Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2019 anjuran National Disaster Management Agency (NADMA) dan dirasmikan oleh Dato’ Zahari, Ketua Pengarah NADMA.

30hb. Oktober 2019 bersembang santai rakan-rakan Radio Amatur bersama Dato’ Zahari, Ketua Pengarah dan En. Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah NADMA.

03hb. November 2019, mengikuti program ‘Latihan-Amal Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir 2019 anjuran Pengurusan Empangan, Kenyir Tenaga Nasional Berhad.

10hb. November 2019 aktiviti DXing di Bukit Panorama

20hb. November 2019 menyertai program Taklimat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu anjuran kerajaan negeri Terengganu di Wisma Persekutuan. Program disampaikan oleh Lt. Col Che Adam, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Terengganu.

24hb. November 2019 aktiviti DXing.

09hb. Disember 2019 meraikan rakan Squad 99 dari KL yang pulang ke Kuala Terengganu. Mereka kini adalah pimpinan tertinggi KLDX.

Selain itu, Squad 99 telah selesai menterjemah buku yang bertajuk ‘Panduan Telekomunikasi Bencana IARU. Tahun 2020 tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan kerana gejala Corona Virus. Insya Allah tahun depan kalau diberi peluang kita akan kembali aktif.

“SQUAD 99 – Teknologi Bermula Dari Sini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581