Hari ini Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu – Squad 99 telah diberi penghormatan untuk membuat pembentangan kertas cadangan menaiktaraf Bukit Puteri.

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tuan Haji Che Muhammad Azmi bin Ngah, Pengarah Muzium negeri Terengganu, Tuan Haji Fauzi, Timbalan Pengarah Muzium negeri Terengganu, beberapa orang pegawai dari Jabatan Muzium negeri Terengganu dan juga YM Raja Faisal bin Raja Haron, Penolong setiausaha Kerajaan, Pelancongan Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu. 

Dalam pembentangan tersebut kami mencadangkan Bukit Puteri dikekalkan sebagai pusat komunikasi pertama di Terengganu dengan sedikit penambahan dengan pelaksanaan program empat dalam satu iaitu:

1. Pelancongan

2. Pendidikan

3. Pusat Komunikasi Antarabangsa

4. Pusat Komunikasi Bencana

Dengan melaksanakan program tersebut, kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar dan ianya boleh dilaksanakan dengan mengekalkan apa yang sedia ada dengan sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Alhamdulillah, semua pihak amat gembira dengan dengan cadangan yang kami cadangkan.

Menurut Encik Azmi cadangan ini amat kami alu-alukan kerana kerana ianya akan menjadikan muzium sebagai pusat untuk pendidikan dan juga penyelidikan.

Ustaz Ariffin berkata pihak kerajaan akan membentuk satu jawaankuasa yang akan mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci lagi.

Bagi pihak Squad 99, kami tidak mengharapkan apa-apa bayaran di atas kertas cadangan yang kami bentangkan kerana bagi kami apa yang penting ialah manfaat untuk rakyat negeri Terengganu.

Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu – Squad 99 bukanlah sebuah pertubuhan yang besar tetapi Insya Allah kami akan membantu setakat yang kami mampu apabila bantuan kami diperlukan,” kata Haji Amrun, Pengerusi Kelab Radio Amatur Komunikasi Terengganu – Squad 99.

“SQUAD 99 – Teknologi Bermula Dari Sini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581