Skuadron Semboyan Briged Kesebelas Infantri (11 SSB) telah melaksanakan kajian di antara Atur gerak Satelit X-Band dan Radio Taktikal (VHF) di medan.

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji jarak yang sesuai untuk menempatkan Satelit X-Band dan Radio Taktikal VHF bagi membolehkan komunikasi di medan lebih efisien dan berkualiti.

Kaedah yang telah digunakan semasa kajian adalah dengan menggunakan parameter yang berbeza seperti jarak, penggunaan kuasa dan menggunakan mod yang berlainan.

Hasil daripada kajian telah direkodkan dan akan dijadikan panduan bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik semasa latihan mahupun atur gerak di masa hadapan.

Sumber: Lt Muhammad Shamsul Amri b. Safiai


11 SSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581