Saya terpanggil untuk kongi maklumat tentang penggunaan radio amatur di Thailand yang menjadi bualan hangat netizen berikutan rakyat Malaysia yang ditahan dan dikenakan denda kerana menggunakan radio di negara tersebut baru-baru ini.

Tahun lepas dalam satu assignment di Hatyai, saya berpeluang berjumpa dengan Consul General Malaysia di Songkhla. Tuan Mohd Afandi Abu Bakar berkaitan peningkatan statistik bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin di Thailand.

Saya mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya kepada beliau berkaitan penggunaan radio amatur di Thailand.

Beliau telah memberi saranan kepada saya untuk terus ke National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC) Southern Region untuk mendapatkan maklumat lengkap dan tepat berkaitan isu tersebut.

Saya kemudian ditemukan dengan Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (MalTha) Mr Soontorn Noiboonma yang fasih berbahasa Inggeris.

Beliau telah menawarkan diri untuk membawa saya ke NBTC yang terletak tidak jauh dari Hatyai Airport.

Untuk makluman NBTC adalah merupakan suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam menyelia dan menguatkuasakan undang–undang berkaitan komunikasi di Thailand.

Peranannya sama seperti Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Dalam pertemuan hampir satu jam di pejabat NBTC itu saya mendapat maklumat yang amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di Malaysia.

Terima kasih kepada Mr Noiboonma atau lebih mesra dengan panggilan Micky yang bertindak sebagai interpreter pada pertemuan tersebut.

Kesimpulan dari pertemuan tersebut adalah

1. Sesiapa sahaja yang memasuki Thailand *TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN RADIO AMATUR WALAUPUN INDIVIDU TERSEBUT MEMPUNYAI LESEN (AA) YANG SAH DARI NEGARA ASAL tanpa kebenaran BERTULIS dari NBTC. (Rasanya semua negara mengguna pakai undang-undang yang sama).

2. Setiap radio (mobile rig/handy) yang hendak digunakan MESTI DISAHKAN oleh NBTC sebelum dibenarkan diguna di Thailand. (Dihantar kepada NBTC untuk pemeriksaan dan dilekatkan sticker).

3. Memiliki radio yang tidak ada stiker NBTC adalah menjadi satu kesalahan di Thailand WALAUPUN TAK DIGUNAKAN.

4. Hanya radio yang menggunakan citizen band (CB) 245.000 – 245.9875 MHz sahaja dibenarkan.

5. Penggunaan radio internet atau IP radio yang menggunakan data/sim card GSM adalah DIBENARKAN.

6. Antenna pada kereta tanpa radio tidak menjadi kesalahan.

Saya difahamkan sebab-sebab penggunaan radio di Thailand dihadkan/diketatkan berikutan penggunaan frekuenci tempatan yang terlalu banyak dan penyalahgunaan frekuenci oleh individu/kumpulan tertentu bagi mengaktifkan bahan letupan.

EFFENDEY HARUN (9W2EXO)
BERNAMA Biro Perlis,
Kelab Reakreasi & Komunikasi Perlis (PReComm),
13/03/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581