Pesuruhjaya Eropah bagi Kerjasama Antarabangsa, Bantuan Kemanusiaan dan Krisis, Kristalina Georgieva telah memberi ucapan kepada semua delegasi Persidangan Umum Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa Wilayah 1 (IARU Wilayah 1) pada 22 September menyatakan bahawa radio amatur adalah alat maklumat yang boleh dipercayai yang boleh menyelamatkan bencana.

Dalam pernyataan yang dibacakan oleh Encho Gospidinov, kepada para perwakilan persidangan bagi mewakili beliau, Pesuruhjaya Georgieva menggambarkan senario di mana semua telekomunikasi moden dan sesalur elektrik gagal dan di mana mangsa tidak dapat dibantu dan tidak ada siapa yang tahu dengan tepat apa yang berlaku.

“Nasib baik, terdapat satu pilihan terakhir: Pengendali radio amatur, yang merupakan mata dan telinga dunia pada disaat di mana semua saluran maklumat menjadi senyap” kata beliau. “Ringkasnya, anda adalah keajaiban teknikal yang terakhir, yang bebas. Ini adalah satu saluran maklumat yang bebas dan dipercayai yang mampu melaporkan tentang satu berita penting dan terakhir dari mana-mana tempat di dunia, pada bila-bila masa, melaluinya sesiapa sahaja yang mampu mengendalikan peralatan yang hebat ini, yang dipanggil radio amatur.

 Persidangan Agung IARU Wilayah 1 ke 24 dirasmikan pada 21 September di Albena, Bulgaria. Ia akan berterusan sehingga 26 September.

“Pesuruhjaya Georgieva menekankan kelebihan seseorang pengendali radio amatur adalah, mereka bebas daripada mana-mana infrastruktur telekomunikasi konvensional. “Seorang pengendali radio amatur terlatih yang mempunyai peralatan yang baik dengan hanya berkuasakan bateri mampu menghubungkan dari satu daerah ke satu daerah, negeri ke negeri malahan mereka dapat menghubungi antara benua.” kata beliau. “Jika dianjurkan dalam satu kesatuan anda merupakan seorang ‘Super Hero Komunikasi’ pada masa seluruh peralatan elektronik lain berlaku kegagalan.

Georgieva berkata terdapat banyak contoh dalam sejarah radio amatur nyawa dapat diselamatkan “kerana beberapa anggota radio amatur mampu mengesan isyarat dari sebuah desa, kawasan atau tempat yang tidak terjangkau” meminta bantuan. “Kami amat memerlukan kemahiran dan perkhidmatan anda,” katanya lagi, “kerana kami akan menghadapi lebih banyak dan lebih banyak lagi bencana alam pada masa akan datang.”

“Pihak berkuasa tempatan dan negara bergantung kepada anda sebagai benteng terakhir maklumat yang boleh dipercayai,” sambung beliau. “Kemahiran profesional anda dan tugas kemanusiaan anda membuat anda lebih dari amatur radio; Anda benar-benar diperlukan sebagai penjaga di masa sulit dan saya berharap anda akan sentiasa kekal sebagai tunggak harapan dan keberanian bagi semua orang yang berada dalam bahaya. “

IARU Wilayah 1 meliputi Eropah, Afrika, Timur Tengah, dan Asia Utara. Persekutuan Radio Amatur Bulgaria (BFRA) menjadi tuan rumah perhimpunan Wilayah 1. Persidangan umum ini diadakan setiap 3 tahun sekali. Majlis Pentadbiran IARU akan bertemu 27-28 September berikutan  Persidangan Agung Wilayah 1 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581