Oleh: Abdul Aziz 9M2AU
Sudah lama penulis tidak kemaskini blog ini. Mari kita sama-sama bicarakan mengenai isu salah faham atau salah tafsir dalam Radio Amatur di Malaysia. Mari kita audit diri kita….. Antara contoh2 nya ialah saperti berikut… PTT yang di rujuk kepada Microphone . Ayat nya mungkin berbunyi begini saya tertinggal PTT. Apa yang dimaksudkan oleh rakan kita ini ialah dia tertinggal microphone. PTT membawa maksud “Press To Talk” satu micro switch yang terdapat dalam sebuah microphone. Akan tetapi sampai kehari ini “PTT” ini di salah tafsirkan…….

“Repeater” dalam bahasa Melayu membawa maksud “Pengulang” sila rujuk Kamus Dewan yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila juga rujuk kepada AKTA Komunikasi Dan Multimedia dan juga Peraturan. Ayat yang digunakan ialah “Pengulang” Tapi ada antara Radio Amatur di Negara ini menggunakan perkataan “Pancar Ulang”
“Check Net” – Ini lagi satu istilah yang tidak tepat penulis tidak tahu bagaimana ianya diujudkan. Sepatutnya “Check In The Net” Contohnya “Have you check in… the 2 meter Net?” Kalau istilah “Check Net” ini di terjemahkan ianya membawa maksud kita Check Network mungkin ada kerosakan pada Network berkenaan…mungkin ayat nya berbunyi begini. “Tolong Check Network saya……..”
Salah Faham mengenai penggunaan Phonetic dalam memberi callsign, mengikut Garis Panduan ianya menyarankan supaya semua callsign disebut dengan full phonetic contohnya NINE MIKE TWO Five ALPHA Romeo Charlie. Ramai NINE MIKE ATAU NINE WISKEY Di tegur di beberapa repeater kerana tidak menggunakan phonetic. Untuk pengetahuan anda apa yang di praktikan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia majoritinya tidak menggunakan phonetic yang di tulis dalam Garis Panduan tersebut. International Phonetic itu hanyalahlah sebagai satu garis panduan. Namun majoriti Radio Amatur diseluruh dunia tidak mengikutnya sebagai contoh V disebut Victoria, O = Ontario, H= Honolulu, Jangan pula ada rakan2 yang bekerja di HF bila ada station RA dari luar Negara tidak menggunakan phonetic maka ada pula rakan2 kita disini perbetulkan mereka…jangan berbuat demikian nanti orang akan tertawakan kita. Tidak ada salahnya jika seseorang pengguna Radio Amatur tidak menggunakan International phonetic…yang paling elok gunakan ayat atau bahasa yang biasa digunakan. Banyakan lah monitor di HF dan berjumpalah dengan mereka2 yang lebih ariff dan yg berpengalaman berQSO di HF…. Salah Faham terhadap penggunaan ayat “Positive-positive” Ada ketika nya kita dengar ada antara…rakan2 ham menggunakan perkataan ini…sebenarnya untuk mengiyakan sesuatu yang di perkatakan dalam komunikasi ayat yang paling tepat ialah AFFIRMATIVE atau Affirm ini di praktikan dalam komunikasi penerbangan cuba tuan2 monitor “aviation frequency” pengunaan ayat ini banyak digunakan oleh “pilot” dan juga “ATC” (Air Traffic Controller) atau Pengawal Trafik Udara…


Baru-baru ini ada pihak-pihak tertentu yang ingin buat satu organisasi baru ramai yang bangkang dan ramai yang melompat tak tentu pasal…ada yang katakan ada pihak2 tertentu yang gile kuasa..dll ramai yang salah tafsir atau salah faham…..penulis tidak menyalahkan sesiapa namun kita harus ada sikap terbuka jangan sesekali menafsirkan sesuatu mengikut emosi….selidik dahulu Tanya dahulu pada mereka-mereka ini apa tujuan dan objektif mereka mahu menubuhkan persatuan yang baru ini. Awas Tanya lah pada yang empunya badan. Jangan sesekali menanyakan isu ini kepada rakan2 kita yang tidak tahu hujung pangkal mereka-mereka ini ada ketika nya membuat andayan yang nagatif yang datang dari emosi yang kurang sihat. Jangan membuat andayan yang nagatif.

Samalah juga kepada kes penggunaan 7.130Mhz ….harus dibuat kajian jangan hanya berpegang kepada satu pedoman. Jika kita lihat lebih terperinci pedoman tersebut pun bercangah dengan apa yang tertulis di dalam spectrum 2011 bahkan perkara ini di persetujui di dalam konvensyen WRC2003. Dan jika kita lihat IARU band plan pun ianya jelas. Kita harus ada banyak kajian tentang perkara ini….
SWL atau SWAL…..
Tidak ada istilah “SWAL” namun masih ada lagi yang menggunakan “SWAL” cuba anda buka beberapa blog…ayat ini masih lagi digunakan. Sebenarnya tidak ada istilah “SWAL” yang ada cuma “SWL” (short wave listener)…
Di 40m ada juga terdengar rakan2 yang menggunakan ayat signal anda “Berpasir” di HF frequency. dan juga penggunaan ayat “OVERRRRR” dan “VICTORRRRR” bercakaplah secara profesional di HF atau VHF guna lah ayat yang betul yang biasa digunakan oleh kita semua ….. ini suatu perkara yang tidak pernah berlaku di tahun 90han…..ini yang dikatakan pelik tapi benar…..penulis berharap agar perkara ini diperbaiki.

Akhir sekali marilah kita jaga ADAP dan AKHLAK kita ketika berbual dengan rakan-rakan radio Ham dan berQSO dengan rakan-rakan kita lebih-lebih lagi jika sekiranya mereka-mereka ini berumur lebih dari kita dan lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang ini. Hormatilah mereka ini. Fikiran, kepercayaan dan pegangan mungkin berbeza namun kehidupan kita perlulah berlandaskan agama . Marilah kita sama-sama bersihkan hati kita……………….
