Oleh: Squad 99
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Berlaku Gempa BumiLindungi Diri Anda Semasa Gempa Bumi Berlaku!
Pasukan penyelamat rasmi dari Amerika Syarikat dan lain-lain negara yang telah menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di seluruh dunia, serta pengurus kecemasan, penyelidik, dan penyokong keselamatan sekolah, semua bersetuju bahawa “Rebah, Berlindung Dan Bertahan” adalah tindakan yang paling berkesan untuk mengurangkan kecederaan atau kematian semasa gempa bumi.
Segera Apabila Gegaran Gempa Bumi Bermula
REBAH! melutut ke atas lutut anda (sebelum gempa bumi menjatuhkan anda ke bawah). Kedudukan ini menjadikan anda
sasaran yang lebih kecil tetapi masih membolehkan anda bergerak jika perlu.
BERLINDUNG! kepala dan leher (atau seluruh tubuh anda) di bawah meja. Jika tiada meja untuk menyorok di bawahnya, berlindunglah berhampiran dinding dalaman dan lindungi kepala dan leher dengan lengan dan tangan anda.
BERTAHAN! pegang pada perabot atau pada kepala dan leher anda sehingga gegaran berhenti. Bersedia untuk bergerak bersama-sama dengan tempat perlindungan anda jika gegaran mengubahnya sekeliling.

Gempa bumi berlaku tanpa sebarang amaran dan ia boleh menjadi begitu dahsyat menyebabkan anda tidak boleh berlari atau merangkak, oleh itu kemungkinan besar anda akan jatuh ke tanah di tempat anda berada. Tetapi, jika boleh, berlindung jauh dari dinding luar bangunan yang merupakan tempat yang paling berbahaya untuk berselindung. Tingkap, serambi dan tambahan seni bina merupakan bahagian pertama yang akan runtuh. Untuk menjauhkan diri dari zon bahaya ini, kekal di dalam rumah jika anda berada di dalam dan kekal di luar rumah jika anda berada di luar.
Memandangkan pada bahaya dari gempa bumi dan kesannya ke atas struktur, “Rebah, Berlindung dan Bertahan ” adalah arahan tunggal yang paling berguna diikuti untuk melindungi diri anda dalam kebanyakan situasi. Ia memberikan peluang terbaik untuk melindungi diri anda semasa gempa bumi berlaku … walaupun semasa gempa yang menyebabkan perabot bergerak sekeliling bilik, dan juga di bangunan-bangunan yang mungkin akan runtuh.
JANGAN Menuju Ke Arah Pintu
Satu imej gempa bumi di California menunjukkan runtuhan rumah dengan bingkai pintu merupakan satu-satu bahagian yang masih berdiri tegap. Dari situ maka timbul kepercayaan bahawa pintu adalah satu-satunya tempat yang paling selamat semasa gempa bumi berlaku. Benar – jika anda tinggal di bangunan lama. Dalam rumah moden, pintu tidak lebih kuat daripada mana-mana bahagian rumah yang lain.
Anda akan lebih selamat jika berlindungan di bawah meja yang kukuh.
Jika anda berada di…
Bangunan: Rebah, Berlindung dan Bertahan. Semasa gempa bumi nerlaku, rebahkan diri anda ke lantai, berlindunglah di bawah meja, dan bertahanlah disitu sambil berpegang pada meja tersebut dengan kemas. Bersedia untuk bergerak dengannya sehingga gegaran berhenti. Jika anda tidak berada berhampiran meja, rebah ke lantai berhampiran dinding dalaman dan lindungi kepala dan leher dengan lengan anda. Elakkan dinding luar, tingkap, objek tergantung, cermin, perabot tinggi, peralatan besar, dan kabinet dapur dengan objek berat atau kaca. Jangan pergi ke luar!
Di atas katil: Jika anda berada di atas katil, bertahan dan kekal di situ, lindungi kepala anda dengan bantal. Berada di situ mungkin dapat mengurangkan kecederaan anda. Pecahan kaca di atas lantai boleh menyebabkan kecederaan kepada mereka yang telah bergolek di lantai atau cuba untuk sampai ke pintu.
Dalam bangunan tinggi: Rebah, Berlindung dan Bertahan. Elakkan tingkap dan tempat-tempat lain yang merbahaya. Jangan gunakan lif. Jangan panik jika sistem pemercik air atau penggera kebakaran diaktifkan.
Luar: Pindah ke kawasan yang lapang jika anda mampu berbuat demikian; Cuba elak dari berada di bawah talian elektrik, pokok dan lain-lain kawasan yang merbahaya.
Memandu: Berhenti di tepi jalan, berhenti, dan pasang brek parking kereta anda. Elakkan jejantas, jambatan, talian elektrik, papan tanda dan lain-lain tempat yang merbahaya. Tunggu di dalam kenderaan sehingga gegaran berakhir. Jika talian elektrik jatuh pada kereta anda, jangan ke mana-mana sehingga seseorang yang terlatih datang dan mengalihkan wayar tersebut.
Dalam stadium atau panggung: Kekal di tempat duduk anda dan lindungi kepala dan leher dengan lengan anda. Jangan cuba untuk meninggalkan tempat duduk anda sehingga gegaran berakhir. Kemudian berjalan keluar perlahan-lahan sambil perhatikan apa-apa yang boleh jatuh selepas gegaran.
Berhampiran pantai: Rebah, Berlindung dan Bertahan sehingga gegaran berhenti. Anggarkan berapa lama gegaran yang berlangsung. Jika gegaran teruk berlangsung selama 20 saat atau lebih, segera berpindah ke tanah tinggi kerana tsunami mungkin telah terhasil oleh gempa bumi. Pindah ke pedalaman 3 kilometer (2 batu) atau ke tanah yang sekurang-kurangnya 30 meter (100 kaki) dari paras laut dengan segera. Jangan tunggu sehingga pegawai mengeluarkan amaran. Berjalan cepat, dan bukannya memandu, untuk mengelak kesesakan lalu lintas, serpihan dan lain-lain bahaya.
Di bawah empangan: Gempa bumi boleh menyebabkan empangan gagal berfungsi. Bencana empangan pecah mungkin tidak akan berlaku, tetapi jika anda berada di hilir empangan, anda perlu tahu maklumat zon banjir dan telah menyediakan pelan pemindahan.
Segitiga Kehidupan? Anda mungkin telah menerima e-mel yang seolah-olah masuk akal, tetapi malangnya ia sebenarnya mempunyai arahan berbahaya dan dipromosikan oleh seseorang yang kredibilitinya telah dipersoalkan. Untuk mengetahui dengan lebih lebih lanjut sila layari di www.earthquakecountry.org/ dropcoverholdon.
Berlindung Setempat atau Kosongkan? Itu Soalannya!
Penyebaran Kimia dan kemalangan yang melibatkan petrol, minyak, cat dan lain-lain bahan-bahan berbahaya boleh menyebabkan pelbagai kecederaan serius atau kematian akibat pendedahan kepada wap dan asap.
Kadang-kadang, pegawai-pegawai tempatan boleh meminta orang ramai untuk melindungi diri mereka dengan tinggal di dalam rumah, kereta dan pejabat. Pada masa yang lain, pegawai-pegawai tempatan boleh memerintahkan pemindahan, ketahuilah perbezaan antara kedua-dua langkah perlindungan ini.
Berlindung Setempat
SEBELUM

1. LAKUKAN pemeriksaan mencari apa-apa sahaja yang dianggap merbahaya di rumah, perniagaan, sekolah, dan masyarakat.

2. SEDIAKAN pelan untuk keluarga, perniagaan, sekolah, dan masyarakat yang termasuk tempat-tempat di mana anda boleh bersatu kembali dengan mereka sekiranya anda terpaksa berpisah.

3. SIMPAN sekurang-kurangnya bekalan makanan dan minuman (satu gelen untuk setiap orang sehari selama tiga hari) selama sekurang-kurangnya 72 jam dan lain-lain bekalan.
SEMASA

4. MASUK ke dalam bangunan dengan segera. Jika anda berada di dalam bangunan, KEKAL di dalam. TUNGGU di dalam kereta anda, jika anda memandu. TUTUP semua pintu, tingkap, lubang udara dan apa sahaja lubang yang terbuka. Tutup sistem pemanasan dan penyaman udara, dan sistem pengudaraan dengan rapat.

5. PERGI ke bilik yang mempunyai jumlah tingkap, pintu dan bukaan lain paling kurang. TUTUP setiap ruang yang terbuka atau retak dengan pita pelekat, kepingan plastik atau tuala basah. TUTUP muka dan mulut anda dengan kain basah.

6. DENGAR siaran radio atau tonton TV untuk mendengar arahan seterusnya dari pegawai-pegawai tempatan. Gunakan telefon hanya untuk kecemasan sahaja.

7. TUNGGU di dalam kenderaan anda sehingga diberitahu keadaan telah selamat untuk keluar.
SELEPAS

8. VEBTILASI (pembersihan udara) rumah, pangsapuri, bangunan atau kenderaan anda. TUNGGU di luar semasa pembersihan dilakukan.
Pemindahan
Arahan Pemindahan boleh datang dengan amaran yang paling minima atau tiada amaran langsung. Walaupun begitu, anda boleh menggunakan tip di bawah untuk bersedia sekiranya kemungkinan berlakunya pemindahan sebagai sebahagian daripada usaha persediaan peribadi anda di rumah dan tempat kerja.
SEBELUM

1. KENALPASTI tempat-tempat tertentu untuk bersatu kembali dengan ahli keluaga anda yang lain selepas bencana sebagai sebahagian dari pelan persediaan kecemasan anda.

2. KUMPULKAN makanan, air minuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan secukupnya yang boleh bertahan selama sekurang-kurangnya 3 hari dalam kit kecemasan atau beg galas yang mudah untuk dibawa.

3. KENALPASTI pusat kemudahan yang mengambil berat tentang haiwan peliharaan anda semasa bencana kerana haiwan tidak dibenarkan di pusat perlindungan Bulan Sabit Merah.

4. SEDIAKAN perancangan untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. SEMAK dengan pihak sekolah, tempat kerja dan lain-lain tentang rancangan pemindahan mereka.

5. DENGAR radio atau tonton TV untuk mendapat maklumat dari pegawai tempatan. IKUTI arahan mereka. BERTENANG. Gunakan telefon hanya untuk melaporkan kecemasan yang mengancam nyawa sahaja.

6. DAPATKAN bekalan kecemasan dan kit pemindahan. Pastikan untuk mendapatkan sekali ubat-ubatan yang diperlukan.

7. PASTIKAN keselamatan bangunan kediaman ada. TUTUP semua utiliti jika diarahkan untuk berbuat demikian oleh pegawai-pegawai tempatan.

8.TINGGALKAN nota yang menunjukkan destinasi anda.

9. LAPORAN tapak pemindahan, gunakan laluan yang disyorkan dan diberikan oleh pegawai-pegawai tempatan.
SELEPAS

10. DENGAR arahan lanjut daripada pegawai-pegawai tempatan.
