Radia Amatur semakin diminati sekarang. Kami telah menerima pertanyaan daripada orang ramai bagaimana untuk menjadi pengendali radio amatur.
Perkhidmatan Radio Amatur wujud di hampir setiap negara dan menggunakan frekuensi yang sama seperti di Malaysia. Di Malaysia, radio amatur dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Untuk mengendali sebuah stesen radio amatur di Malaysia, pengendali mesti mempunyai Sijil Pengendali Radio Amatur dan Penguntukan Radas Stesen Amatur (ASAA) atau bagi rakyat negara luar dikehendaki memohon pertukaran Penguntukan Radas (Reciprocal) dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana – Squad 99 telah mengeluar sebuah buku sebagai panduan untuk:
a) Calon-calon yang bertujuan untuk menduduki peperiksaan untuk mengendalikan stesen di jalur untuk perkhidmatan radio amatur.
b) Pengendali radio amatur yang bertujuan untuk mengendalikan stesen radio amatur di Malaysia.
Dokumen ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian A: Bagaimana untuk menjadi seorang operator Radio Amatur di Malaysia.
Bahagian B: Prosedur Operasi Amateur Radio.
Bahagian C: Sukatan Peperiksaan Radio Amatur.
Bahagian D: Panduan Berkomunikasi
Dokumen ini adalah edisi ke 3 dan telah diterjemahkan dari buku Guideline For Amateur Radio In Malaysia oleh Haji Amrun bin Mamat (9W2HAV), Presiden Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu – Squad 99 bertujuan untuk kegunaan ahli Squad 99.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh whatsapp atau telefon 9W2CAV Puan Siti Norhayati binti Ahmad Hambadley di 012-933 2225 atau email kepada 9w2cav@squad99.org



