Dari kehebatan penemuan baru kepada barisan hadapan dalam menghadapi bencana. Dari keselamatan dan keamanan keluarga kepada penerokaan planet dan tentang dunia dan hampir setiap bahagian kehidupan harian kita, komunikasi radio terus mencari cara baru untuk memungkinkan sesuatu yang mustahil, memanfaat manusia dengan cara yang amat luar biasa.
Radio amatur juga dikenali sebagai ham radio membuka pintu bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk belajar menggunakannya dan menemui kuasa dan penemuan baru tentang komunikasi radio.
Sebagai contoh, radio amatur boleh menyediakan keupayaan untuk ujikaji, merekabentuk dan membina teknologi komunikasi terkini atau untuk mencari kenalan baru. Ia boleh menghubungkan manusia di daerah-daerah, di seluruh dunia dan menyeberangi sempadan budaya.
Mewujudkan semangat berkebajikan antarabangsa atau boleh digunakan untuk menyediakan keselamatan dan keamanan kepada individu dan keluarga walau di manapun mereka tinggal atau ke mana mereka mengembara.

Radio Amatur juga boleh digunakan sebagai alat pendidikan yang terbaik di sekolah dan lain-lain program untuk merangsang minat dan imaginasi minda golongan muda atau tua.
Walaupun tanpa tenaga elektrik dan internet, televisyen, talian tetap dan telefon bimbit tidak berfungsi, radio amatur boleh menyediakan keupayaan untuk berkomunikasi di sepanjang jalan, di seluruh dunia dan juga ke angkasa lepas.
Sepanjang sejarah manusia sentiasa mempunyai kesabaran untuk berkomunikasi dan mencari cara yang terbaik untuk melakukannya.
Pada mulanya, manusia terpaksa menjerit untuk menarik perhatian tetapi suara manusia amat terhad untuk sampai jauh, kemudian apabila mereka belajar menguasai api, mereka menggunakan isyarat api yang dinyalakan di puncak bukit atau tempat-tempat yang jelas.
Dalam sejarah purba Amerika dan Eropah, mereka menggunakan isyarat api untuk menyampaikan maklumat ke suatu tempat yang jauh.

Sehingga abad ke-18 mereka menggunakan telegraf optik dan sistem optik mula digunakan menghantar mesej merentasi jarak yang lebih jauh. Jarak purata antara stesen optik biasanya hanya 10 kilometer tetapi ia boleh mencapai sehingga 3 kali ganda merentasi air.
Pada akhir abad ke-19, pencipta Itali Guglielmo Marconi mencipta isyarat tanpa wayar. Dan pada tahun 1901 beliau berjaya menghantar kod isyarat morse hampir 3000 kilometer merentasi lautan Atlantik dari Cornwall, England ke Newfoundland, Kanada.
Semenjak itulah dalam sejarah komunikasi radio dilahirkan dan sejak itu ahli sains dan pencipta telah membina pemahaman untuk membangunkan teknologi radio yang telah memberi manfaat kepada kita semua.
Saya ingin mencabar anda untuk memikirkan semua cara yang dimanfaatkan oleh teknologi frekuensi radio terhadap dunia kita.
Teknologi radio membolehkan operator radio amatur berkomunikasi di mana sahaja di dunia dan sehingga ke angkasa tanpa bergantung kepada rangkaian atau system sokongan infrastruktur yang rumit dan ia membolehkan hampir semua sistem hiburan yang kita gunakan dan nikmati hari ini sama ada di dalam atau di luar rumah.
Organisasi perkhidmatan awam di seluruh dunia juga bergantung kepada teknologi radio sebagai sistem terpenting dalam menyediakan perkhidmatan kepada komuniti dan untuk menyelamatkan nyawa.
Dan dalam industri perubatan peranti radio membantu menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan meningkatkan kehidupan harian pesakit.
Teknologi radio juga digunakan untuk mengesan dan memberi amaran kepada kita semua jenis bahaya dan bencana, menyediakan amaran awal dan perlindungan kepada manusia di seluruh dunia.

Dan ia menyediakan cara yang tepat dan selamat untuk mengenalpasti manusia dan objek dan mengesan risiko yang mengancam keselamatan dan keamanan manusia di udara, darat dan laut.
Teknologi radio membolehkan kita mengemudi dunia kita dengan mudah dan semua telefon mudah alih, sistem satelit, komputer tanpa wayar dan network.
Teknologi frekuensi radio juga telah menjadi elemen penting dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dan membuka pintu baru kepada penemuan baru yang menarik yang membentuk semula dunia kita.
Dan ia menyediakan tahap kemudahan dan kegunaan yang tinggi dalam sebahagian besar daripada hidup individu.
Kita juga dapati teknologi radio telah digunakan di bawah bumi untuk banyak perkara yang menarik dan mencabar yang tanpanya agak mustahil untuk dilakukan.
Dan jauh di orbit yang mengelilingi bumi, ia telah digunakan dalam banyak cara kreatif untuk menkaji planet, melindungi dan menyediakan pelbagai manfaat untuk masyarakat manusia.
Teknologi radio juga membolehkan kita mempelajari tentang planet lain, sebagai contoh, ia digunakan untuk meninjau dan mengkaji planet lain dan ia kini digunakan di permukaan Marikh.
Untuk meneroka planet ini, dan secara remote mengawal Rover Marikh dan berkomunikasi dengan bumi.

Teknologi radio juga membolehkan sistem seperti teleskop Hubble beroperasi di luar atmosfera bumi dan mengajar kita penyelidikan mendalam tentang alam semesta dengan membolehkan komunikasi, kawalan jauh dan penghantaran imej ke bumi.
Dan pada masa video ini diterbitkan, kira-kira 18 bilion kilometer dari bumi, sesuatu yang luar biasa sedang berlaku.
Kapal angkasa voyager 1 yang dilancarkan pada tahun 1977 kini sedang melalui heliosheath.
Voyager 1 kini adalah objek buatan manusia yang paling jauh dari bumi dan ia meneruskan perjalanannya dan akan memasuki ruang angkasa interstellar.
Dan di atas kapal angkasa tersebut terdapat sistem radio 23 watt berkomunikasi dengan menghantar maklumat saintifik terbaru dan mengajar kita tentang persekitarannya.
Seperti yang anda lihat dari rumah dan sekolah dan dari kenderaan dan tempat kerja, di bawah bumi, di atas bumi dan di ruang angkasa yang jauh, anda akan dapati penggunaan teknologi komunikasi radio di mana-mana.
Adalah sukar untuk membayangkan dunia kita hari ini, jika semua keupayaan tersebut hilang.
Namun penggunaan radio agak baru kepada manusia. Hanya lebih kurang 100 tahun, tetapi lebih daripada mana-mana komunikasi, kaedah atau teknologi yang lain.
Dalam masa yang singkat, ia telah mengubah dunia dan memahami alam dengan cara yang sangat luar biasa dan ia hanyalah satu permulaan.
Ketika teknologi komunikasi terus terlibat dalam kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kita akan terlibat sama dengannya.

Dan semua ini dapat dilakukan oleh sumber alam semulajadi yang tidak dapat dilihat, yang dipanggil spektrum elektromagnet.
Spektrum elektromagnet adalah istilah yang kita gunakan untuk menjelaskan semua frekuensi pada radiasi elektromagnet.
Segala-galanya dalam radiasi tetapi hanya frekuensi tertentu dari gelombang radio kepada sinaran gamma, kebanyakan dari radiasi di alam ini tidak dapat dilihat.
Penyebaran gelombang ini terdiri daripada seli medan elektrik dan magnet, tidak banyak berbeza dari gelombang di lautan.
Seperti semua gelombang, ia mempunyai ukuran frekuensi dalam hertz yang mengira bilangan gelombang yang melalui satu titik dalam satu saat.
Terdapat juga ukuran panjang gelombang yang mengukur jarak puncak satu gelombang ke puncak seterusnya.
Frekuensi yang berbeza dalam spektrum elektromagnet adalah lebih sesuai kepada fenomena fizikal yang lebih baik untuk aplikasi yang berbeza, walau bagaimanapun pada asasnya ia adalah sama.
Gelombang radio, frekuensi yang paling rendah dalam spektrum tidak terkecuali dan antara 3 kilohertz sehingga 300 gigahertz.
Ini termasuk frekuensi yang boleh didengari oleh manusia sehingga ke frekuensi gelombang mikro yang sangat tinggi.
Banyak gelombang radio boleh disiarkan pada masa yang sama selagi ia dihantar pada frekuensi yang berbeza, ianya tidak akan terganggu antara satu sama lain.
Pengendali Radio Amatur diberi kebenaran oleh kebanyakan negara di dunia menggunakan eksperimen dengan jalur frekuensi tertentu yang tersebar di kebanyakan spektrum frekuensi radio.

Mengapa radio amatur?
Walaupun ada orang yang tertarik dengan kebolehan untuk berkomunikasi di seluruh negara, di seluruh dunia atau walaupun dengan angkasawan di angkasa lepas, ramai yang menyumbangkan masa, peralatan dan pengetahuan mereka untuk menyediakan dan memberikan bantuan kepada masyarakat semasa bencana.
Ada yang melakukan ujikaji dengan elektronik. Peminat komputer mencari radio paket yang berkos rendah untuk mengembangkan keupayaan mereka untuk berkomunikasi.
Mereka yang mempunyai jalan yang kompetitif menikmati pertandingan DX, di mana tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana yang boleh mereka hubungi.
Dan ada yang gemarkan keselamatan, keamanan dan kemudahan teknologi yang memberi mereka komunikasi mudah alih pada bila-bila masa, di mana sahaja tetapi kesemua mereka memiliki satu persamaan, iaitu untuk membuka pintu mencari persahabatan baru yang dibuat melalui udara atau melalui penyertaan dalam pelbagai organisasi radio amatur, aktiviti dan acara yang berlaku di seluruh dunia.

Siapa yang boleh menggunakan radio ham?
Jawapannya ialah sesiapa sahaja.
Pengendali radio amatur datang dari segenap kehidupan. Bintang filem, mubaligh, doktor, pelajar, ahli politik, pemandu lori dan orang biasa. Mereka terdiri dari semua peringkat umur, jantina, tahap pendapatan dan bangsa dan termasuk mereka yang berkeupayaan dan juga hilang upaya.
Terdapat berjuta-juta pemegang lesen pengendalian radio amatur di seluruh dunia dari hampir setiap negara di dunia.
Sama ada mereka memilih kod morse atau kunci telegraf tembaga, komunikasi suara pada radio atau pesanan komputer yang dihantar melalui satelit, semua mempunyai kepentingan kepada apa yang berlaku di dunia dan mereka menggunakan radio untuk berhubung.
Pengendali radio amatur membentuk komuniti di seluruh dunia dengan menggunakan gelombang udara dengan teknologi komunikasi yang dapat difikirkan.
Ia terdiri daripada orang-orang yang menikmati pembelajaran dan dapat menghantar suara, data dan gambar melalui udara ke tempat-tempat yang luar biasa sama ada dekat atau jauh tanpa bergantung kepada sistem komersial.
Di kebanyakan masa, radio amatur paling menyeronokkan yang dapat anda miliki melalui radio.
Anda boleh bercakap dengan mereka di seluruh dunia, menghantar e-mel tanpa sebarang bentuk sambungan internet dan untuk berhubung dengan rakan di seluruh bandar atau di seluruh negara.
Dalam kebanyakan negara penggunaan radio amatur memerlukan lesen, tetapi lesen adalah mudah untuk diperolehi dan memberikan radio amatur kebenaran untuk mengguna dan mengakses lebih banyak frekuensi, jalur dan tahap tenaga yang sebelum ini sukar diperolehi.
Tetapi radio amatur mempunyai fasa yang serius sebagai sistem komunikasi kecemasan yang penting.
Agensi kebangsaan di seluruh dunia telah mewujudkan perkhidmatan radio amatur khas untuk mengisi keperluan kumpulan pakar yang boleh menyediakan komunikasi kecemasan sandaran ketika berlaku bencana yang telah menjadi satu perkhidmatan penting di seluruh dunia yang telah berterusan menghulurkan bantuan, menyelamatkan nyawa apabila sistem komunikasi biasa yang lain gagal berfungsi.

Apakah yang dilakukan oleh radio amatur semasa dan selepas bencana?
Apa yang penting untuk diingati ialah dunia ini amat bergantung kepada infrastruktur yang terdiri daripada telefon bimbit, talian tetap dan internet yang berfungsi.
Walau bagaimanapun kadang-kadang, ada yang tidak kena, sistem mendapat lebihan bebanan, ia mengalami gangguan kuasa atau tiba-tiba rosak.
Terdapat banyak kesilapan boleh berlaku kepada infrastruktur sistem tersebut.
Dan disini masanya radio amatur masuk. Pengendali radio amaturlah yang paling aktif selepas bencana, sama ada bencana buatan manusia atau bencana alam yang merosakkan talian komunikasi kerana gangguan kuasa dan kemusnahan telefon, selular, internet dan infrastruktur lain.

Dalam situasi ini, radio biasanya merupakan satu-satunya cara komunikasi untuk masuk dan keluar dari kawasan tersebut.
Dalam kejadian bencana, sama ada kemalangan atau semula jadi, pengendali radio amatur boleh membangunkan secara sukarela sistem komunikasi mereka yang berfungsi dan cekap menggunakan peralatan dan pengetahuan mereka sendiri.
Mereka membina dan mengendalikan rangkaian komunikasi tempatan untuk pegawai kecemasan kerajaan dan swasta, serta menyediakan komunikasi bukan komersial untuk mangsa.
Cara ini boleh menyediakan perkhidmatan awam yang kritikal dimana tanpanya adalah mustahil.
Dalam banyak kejadian, pengendali radio amatur adalah yang pertama untuk bertindak semasa bencana dengan menyediakan komunikasi utama atau sampingan, semasa pasukan perkhidmatan kecemasan menyiapkan kem perkhidmatan dan pusat pentadbiran mereka.
Dalam situasi ini, radio amatur sering menyediakan kemudahan kepada petugas penyelamat untuk menghubungi rumah mereka.
Sukarelawan radio amatur sentiasa berusaha untuk memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana sebelum ianya berlaku.
Mereka sentiasa mengekalkan sistem komunikasi mereka sendiri, menyelenggara dan menguruskan rangkaian pengulang jauh dan merekabentuk dan melaksanakan stesen komunikasi baru seperti yang diperlukan.
Mereka juga mengurus dan mengamalkan komunikasi kecemasan dan mengatur rangkaian trafik komunikasi dan melatih acara pendidikan yang dinamakan field day.
Field day telah terbukti menjadi acara terbaik untuk menguji operasi komunikasi kecemasan untuk memastikan pengendali radio boleh digerakkan dengan pantas apabila berlaku bencana dan memastikan komunikasi boleh dibuat menggunakan sumber kecemasan sahaja.

Anda juga melihat radio amatur sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan awam semasa perarakan, pesta dan pelbagai acara khas lain.
Pada lazimnya mereka melakukan ini untuk menyediakan khidmat masyarakat dan tentunya ia menyeronokkan.
Tetapi ia juga membantu mengekalkan kemahiran radio mereka sendiri dan persediaan kecemasan.
Perkhidmatan awam yang disediakan oleh pengendali radio amatur diselaraskan oleh pelbagai kumpulan tidak formal dan formal yang mengurus komunikasi semasa kecemasan.
Pada peringkat tempatan atau serantau, amatur boleh mengambil bahagian dalam organisasi kecemasan tempatan atau menganjurkan rangkaian trafik tempatan.
Di peringkat yang lebih luas, amatur sering terlibat dalam operasi pengurusan kecemasan serantau.
Beberapa amatur secara sukarela beroperasi di peringkat kebangsaan berkerjasama dengan perkhidmatan radio amatur yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi dan agensi kerajaan.
Kebanyakan perkhidmatan radio amatur mempunyai perjanjian rasmi dengan kerajaan dan negara mereka.
Di sesetengah lokasi, amatur juga menyediakan perkhidmatan pesanan penting untuk mereka tanpa komunikasi dan mereka juga terlibat dalam mengumpul dan berkongsi maklumat cuaca kecemasan dengan perkhidmatan cuaca kebangsaan untuk analisis dan disebarkan kepada orang ramai.
Selama beberapa tahun, agensi kerajaan telah mengiktiraf dan nilai perkhidmatan awam yang disediakan oleh pengendali radio amatur.
Mereka juga mengiktiraf dan menghargai bagaimana radio amatur sepanjang sejarah, telah memajukan teknologi komunikasi radio, kemahiran teknikal dan kebajikan antarabangsa.
Dan hasilnya, mereka menyediakan pengendali radio amatur berlesen dengan kebenaran untuk menggunakan dan mengujikaji dalam jalur frekuensi seluruh spektrum radio keseluruhan, termasuk frekuensi yang lebih tinggi dari siaran jalur AM, sehingga ke frekuensi gelombang mikro yang paling tinggi.
Kadang-kadang mudah untuk dilupakan bahawa spektrum frekuensi radio ini adalah sumber alam semula jadi yang sangat terhad dan ia digunakan dengan cara yang sangat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk dunia.
Kerana itu, oleh kerana gelombang radio tidak berhenti di sempadan antarabangsa, peruntukan frekuensi dikawal oleh undang-undang antarabangsa dengan sokongan negara-negara di dunia.

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menyelia berapa banyak spektrum radio disediakan untuk Radio Amatur.
ITU adalah pengelola kepada rangka kerja global spektrum, berusaha untuk memastikan tiada gangguan dan juga mempromosikan kegunaan untuk kepentingan semua negara dan rakyat di dunia.
Stesen amatur individu bebas menggunakan mana-mana frekuensi dalam pelbagai frekuensi yang mungkin berbeza mengikut negara dan kelas pemegang lesen.
Cara dan jenis peruntukan dalam setiap rangkaian frekuensi dipanggil band plan dan telah ditetapkan oleh perjanjian antarabangsa, peraturan negara dan juga oleh perjanjian antara pengendali radio amatur.
Pihak berkuasa kebangsaan mengawal selia penggunaan jalur radio oleh amatur.
Dan beberapa band mungkin tidak boleh digunakan dan mungkin mempunyai sekatan ke atas penggunaan di negara atau kawasan tertentu.
Untuk jalur radio amatur yang berbeza mengikut kawasan, perjanjian antarabangsa menentukan kebenaran dan sekatan untuk kegunaan.

Apa yang boleh dilakukan dengan Radio Amatur?
Jumlah gelombang pengendali radio amatur dapat berkomunikasi mungkin dihadkan oleh imaginasi.
Tetapi di sini terdapat beberapa perkara yang digunakan oleh radio amatur hari ini.
Radio amatur boleh berkomunikasi menggunakan suara dengan pelbagai cara melalui pelbagai modulasi dan protocol yang berbeza.
Mereka juga menggunakan eksperimen dengan data digital.
Sebagai contoh untuk teks dan data, kod morse masih digunakan dengan meluas.
Paket, teletaip radio dan PSK juga antara cara lain untuk berkomunikasi dan penghantaran lebih cepat sedang dibangunkan dengan menggunakan kaedah yang boleh menghantar hampir apa-apa bentuk data digital.
Ramai juga yang menggunakan televisyen untuk menghantar gambar melalui udara.
Mod yang paling popular untuk komunikasi video termasuk televisyen amatur (ATV), televisyen imbasan perlahan (SSTV) dan faksimili.
Beberapa amatur mengujikaji dan membangunkan mod komunikasi baru mereka sendiri dan ada yang memilih untuk merekabentuk dan membina sistem antena mereka sendiri dan lain-lain komponen sistem radio.
Terdapat banyak kebebasan dalam penggunaan frekuensi radio ini dan pengendali radio amatur sentiasa mencari cara baru dan kreatif untuk menggabungkannya untuk aktiviti-aktiviti khas.
Antaranya termasuk radio kawalan jarak jauh, yang mungkin termasuk model pesawat kawalan, bot, kereta, helikopter, lori dan kereta kebal pada jarak yang lebih jauh.

Komunikasi bumi, bulan dan bumi juga dikenali sebagai lantunan bulan, yang merupakan teknik komunikasi radio yang melantunkan isyarat ke bulan untuk dicapai oleh pengkalan di bumi pada jarak yang jauh.
Internet Relay Linking, merupakan satu projek yang mengandungi pautan stesen radio amatur di seluruh dunia menggunakan suara melalui internet, mewujudkan sistem yang menggunakan kedua-dua radio dan pautan internet untuk komunikasi.
Pemancar Kuasa Rendah (QRP), aktiviti yang mencabar pengendali untuk menghantar kuasa pada tahap paling rendah sambil mensasarkan untuk memaksimumkan jarak yang berkesan.
Pelancaran pengulang beraltitud tinggi dan pemerhatian biasanya menggunakan belon untuk mengangkat peralatan radio amatur dari semua jenis, tinggi ke atmosfera untuk kegunaan dan eksperimen yang berbeza.
OSCAR, singkatan untuk satelit orbit membawa radio amatur. Terdiri daripada satelit di angkasa yang boleh digunakan secara percuma oleh pengendali radio amatur berlesen untuk suara, data dan lain-lain bentuk komunikasi.
Dalam dunia radio amatur keupayaan semua ini adalah dicapai oleh amatur.
Sempadan mereka hanyalah imaginasi dan benar-benar terdapat sesuatu untuk setiap orang.
Orang ramai tertarik dan minat dalam radio ham adalah kerana bahasa dan budaya serta sempadan geografi dan politik.
Ini merupakan satu lagi sebab mengapa anda dapati amatur radio berada dalam hampir setiap negara.
Untuk komunikasi di seluruh dunia terlebih dahulu, radio amatur menggalakkan kesedaran budaya, persefahaman budaya dan kebajikan antarabangsa.
Ini mewujudkan peluang mencari rakan dari setiap sudut dunia, mengamalkan bahasa baru atau belajar tentang adat dan gaya hidup asing.

Dalam pendidikan, saya percaya adalah salah satu aspek yang paling penting dalam radio amatur, ia seolah-olah mudah bagi rakan ham mewujudkan aktiviti untuk anak-anak muda.
Ia juga mewujudkan peluang besar dalam banyak bidang akademik di lapangan pembelajaran.
Dan semua ini terjadi dengan membawa sains dan kerja berpasukan kepada kehidupan yang menjadikan pembelajaran lebih menarik.
Sebagai contoh, banyak projek radio amatur dan aktiviti terdiri dari elemen yang bercampur-campur seperti elektronik, fizik, kejuruteraan elektrik, matematik, kejuruteraan mekanikal, pembinaan, sumber tenaga dan lain-lain konsep yang tidak pernah diimpikan beberapa tahun yang lalu.
Projek dan aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami dan mempelajari kemahiran hidup yang penting seperti kerja berpasukan, perancangan, penyelesaian masalah, pengurusan projek dan komunikasi.
Kemahiran yang membantu pelajar menjadi lebih berjaya kerana mereka bersedia untuk memasuki dan memulakan kehidupan dewasa dan kerjaya mereka.
Radio amatur boleh digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan mencetuskan kepentingan imaginasi dan kreativiti pelajar dalam pelbagai cara.
Ia membolehkan mereka alami, sentuh, lihat dan memahami apa yang mereka belajar, bukan hanya dibebani dengan buku dan kuliah.
Membawa radio amatur ke sekolah adalah satu peluang besar. Malah radio amatur telah diintegrasikan sebagai kurikulum di sekolah di kebanyakan negara di dunia dan mencipta kejayaan besar dalam meningkatkan pembelajaran, motivasi dan hasil.
Tetapi radio amatur bukan sekadar alat pendidikan yang berkesan.
Ia juga memberi kebebasan untuk impian, kajian dan penerokaan.
Malah, frekuensi radio amatur adalah tempat terakhir dalam penggunaan spektrum radio di mana sesiapa sahaja sebagai individu boleh membangunkan satu eksperimen dengan komunikasi tanpa wayar.
Amatur bukan sahaja boleh membuat atau mengubahsuai peralatan mereka sendiri, tetapi mereka boleh membuat keseluruhannya dengan cara baru untuk melakukannya.
Kerana itu, radio amatur sentiasa merupakan peneroka utama kepada teknologi baru.
Sebagai contoh, amatur mengujikaji dengan teknologi seperti televisyen dan komputer peribadi lama sebelum mereka menjadi produk pengguna di rumah.
Dengan cara yang berbeza, ramai radio amatur menikmati menjadi pencipta, bukan sahaja pengguna kepada teknologi tanpa wayar.

Apa yang ingin anda alami dengan teknologi terkini ini?
Membantu yang lain berhubung dengan keluarga dan rakan mereka, berbual dengan pihak lain di dunia, berkhidmat kepada masyarakat atau mempunyai radio untuk komunikasi kecemasan apabila tenaga elektrik terputus.
Amat mudah untuk bermula dengan radio amatur.
Cara terbaik untuk bermula dan belajar adalah dengan mendengar amatur di jalur radio amatur, membaca tentang radio amatur atau cara yang terbaik, bertemu atau bercakap dengan amatur di kawasan anda.
Kebanyakan pengendali radio amatur akan mengalu-alukan minat anda dan berbangga dengan keupayaan mereka untuk membimbing atau mengajar pendatang baru jalan untuk bermula dalam hobi ini.
Mereka boleh menerangkan keperluan untuk mendapatkan lesen di negara anda, membimbing anda dalam mana-mana peperiksaan dan menasihati anda apa yang perlu dipertimbangkan apabila memilih radio pertama anda.
Amat mudah untuk ke udara dan kami menyediakan beberapa pautan maklumat untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut di akhir video ini.
Dalam beberapa tahun yang terdekat ini, komunikasi radio telah benar-benar membentuk semula dunia kita dan kehidupan harian kita dan ia akan terus maju dalam kadar yang tidak dijangkakan.
Radio amatur akan terus membawa manusia bersama-sama di seluruh dunia dan akan terus menyediakan peluang untuk meneroka, mengimpikan dan menemui kuasa dan kemungkinan teknologi komunikasi radio.
Radio amatur adalah hobi dan keistimewaan yang memberikan kita dunia.
Sebuah dunia pengajian, dunia keselamatan dan keamanan dan dunia yang membantu yang lain.
Kita mungkin tidak tahu pada hari ini, apa yang dunia akan kelihatan seratus tahun akan datang, tetapi untuk memastikan teknologi radio akan terus berkembang dan dunia akan turut berubah dengannya dan ia tidak akan sama seperti dulu lagi.
Dan kemungkinan sejarah akan menunjukkan bahawa radio amatur akan menjadi peneraju untuk masa depan.
Bermimpi dan membinanya sama seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Saya harap anda membuat keputusan untuk menyertai dan meneroka dunia radio amatur untuk melihat apa yang boleh ditawarkan untuk anda.
Salam Sejahtera
73
