Apakah yang anda dan keluarga anda perlukan semasa berlakunya kecemasan?
Anda melihat artikel ini melalui laman web radio amatur. Ramai dari kalangan operator radio amatur bersedia untuk berkomunikasi semasa berlaku kecemasan tetapi ramai yang lupa untuk menyediakan persiapan untuk keselamatan diri dan keluarga mereka sendiri. Artikel ini amat sesuai untuk setiap orang yang mahu bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan dalam jangka waktu yang panjang.
Bekalan Hidup
Setelah anda menyediakan bekalan tenaga eletrik kecemasan, (sudahkah anda melakukannya?), anda perlu menyediakan bekalan hidup yang secukupnya untuk kegunaan diri anda dan keluarga anda untuk jangka masa yang panjang.
Anda mungkin perlu mengurus sendiri untuk terus hidup selepas bencana. Ini bererti anda memerlukan makanan, air dan lain-lain bekalan yang secukupnya dalam kit kecemasan anda. Ia mungkin berlaku untuk beberapa jam sahaja, atau beberapa hari, beberapa minggu atau mungkin beberapa bulan atau lebih. Hanya persediaan awal anda yang telah anda persiapankan dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda semasa berlaku bencana sebelum bantuan dari luar dapat tiba kepada anda. Pegawai tempatan, petugas kecemasan dan sukarelawan mungkin akan sampai ke temat kejadian selepas bencana, tetapi mereka tidak akan mampu untuk membantu setiap orang dan anda terpaksa bergantung kepada persiapan anda sendiri sehingga mereka tiba. Anda tidak boleh mengharapkan mereka akan membantu anda dahulu kerana ramai lagi yang memerlukan bantuan. Petugas sukarela mungkin sukar untuk sampai ke tempat anda kerana mereka tidak biasa dengan keadaan setempat. Penantian anda mungkin akan memakan masa yang lama! Adakan anda bersedia untuk menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda?
Apakah yang diperkukan oleh tubuh manusia untuk terus hidup?
Apakah perkara penting yang anda perlukan untuk terus hidup semasa bencana apabila bantuan dari luar tidak dapat sampai kepada anda?
Tubuh manusia memerlukan air, makanan, pakaiandan tempat berteduh termasuk alat untuk memanaskan badan. Ini adalah perkara utama yang diperlukan dalam hidup.
AIR – ADALAH KEPERLUAN YANG TERPENTING! Simpanlah sebelum anda memerlukannya, satu gelen air untuk etiap orang pada setiap hari untuk sekurang-kurangnya selama tiga hari untuk minum dan kebersihan. (Inilah jumlah yang dicadangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat, tetapi anda boleh menimpan lebih banyak lagi) Adakah anda tahu berapa lama anda akan kehabisan air? Apabila anda kehabisan air, anda mungkin tidak mempunyai cara untuk membersih air untuk minum. Anda terpaksa menyediakan satu kaedah untuk mendapatkannya dan memastikan ia bersih untuk diminum!
- Kanak-kanak, ibu yang menyusukan bayi dan orang sakit memerlukan lebih banyak air.
- Jika anda tinggal di kawasan yang bercuaca panas, rancanglah untuk lebih banyak dari yang dicadangkan. Air amat berharga…apabila anda kehabisannya. Tubuh manusia pada kebiasaannya tidak boleh hidup lebih dari 3 hari tanpa air! Waktu adalah berbeza bergantung kepada keadaan cuaca disekitar anda, kekerapan senaman atau aktiviti fizikal dan lain-lain faktor. Rancanglah untuk menyimpan sebanyak mungkin air dan pasti anda tidak perlu risau lagi.
- Simpan air dengan kemas dalam bekas plastik yang bersih seperti bekas susu, bukan jenis kadboard yang disaluti lilin, baldi besar yang mertutup atau bekas air minum 2 liter dengan penutup. Jangan sekali-kali bekukannya. untuk menghalangnya dari meletup. Air akan berkembang apabila beku! Jangan terlalu penuh. Ingat, berat air adalah lebih kurang 8 paun setiap gelen (dicampur dengan berak bekasnya), oleh itu jangan gunakan bekas yang sukar untuk dibawa. Jangan gunakan bekas yang berkarat!
- Simpan sekurang-kurangnya bekalan air untuk tiga hari setiap orang. Selepas 3 hari, adakah anda memerlukan lebih banyak lagi? Jangan pandang mudah….
- Adakah anda mempunyai cara dan bekas untuk memasak “air yang kotor” dari lopakan air, kolam, tasik, sungai atau sebagainya? Hatta air hujan yang kumpul dari atap atau telaga atau air sungai boleh tercemar oleh air banjir dan sebagainya dan seharusnya dimasak dahulu sebelum minum! Anda mungkin pernah melihat di TV air dimasak dengan menggunakan bekas plastik…ia boleh dilakukan tetapi pastikan ia tidak tercemas oleh bahan kimia daripada plasti masuk ke dalam air. Ia adalah pilihan anda demi untuk hidup. Lihatlah melalui YouTube bagaimana memasak air menggunakan bekas plastik.
- Apabila memasak air di dalam bekas, pastikan ia disejukkan dulu selama beberapa minit. Walaupun masih tidak jernih selepas masak, pada kebiasaannya ia boleh diminum. Selepas ia sejuk, anda boleh menapis dengan menggunakan baju, stoking, penapis kopi dan kain. Ia hanya menghilangkan bahan yang kasar sahaja dan bukannya memjernihkan air tersebut. Jangan minum air terus dari sumber yang tercemas kecuali and bersedia untuk mempertaruhkan nyawa anda. Jangan biarkan air kotor yang tidak dimasak daripada terkena luka yang terdedah, mulut anda, mata dan sebagainya. Jangan percaya kepada mana-mana air kecuali anda pasti ianya selamat untuk diminum. Terdapat banyak penapis air di pasaran yang sesuai untuk anda.
MAKANAN – Sekurang-kurangnya bekalan selama tiga hari untuk setiap orang. Menyediakan bekalan untuk selama seminggu atau dua minggu adalah cadangan terbaik…atau lagi lama lagi baik. Cuba gunakan makanan yang tidak perlu dimasak. Makan yang panas dalam cuaca yang sejuk pasti akan dapat memanaskan tubuh anda dan kesihatan anda. Makanan yang panas dalam cuaca yang panas akan mempercepatkan rasa dahaga. Cuba jauhi makanan bergaram, yang menyebabkan cepat dahag dan yang menggunakan air yang banyak.
- Beberapa contoh makanan:
- Makanan dalam tin yang sedia dimakan eperti daging, buah-uahan dan sayur-sayuran.
- Protein atau bar buah
- Bijirin kering atau granola
- Menega kacang
- Buah-buah kering
- Kacang
- Keropok
- Jus dalam tin (pilih yang kurang garam)
- Susu Krim atau susu berkuasa
- Makanan bertenaga tinggi
- Tablet vitamin atau mineral
- Makanan untuk bayi
- Pekakas memasak atau bekas untuk makan dan termasuk pemetik api
- Pembuka tin makanan
Makanan pilihan yang tidak perlu dibekukan, disediakan atau dimasak dan yang kurang atau tidak memerlukan air.Bakteria dalam makanan yang terdedah akan merebak dengan cepat pada suhu diantara 40 dan 140 darjah F, dan jika makanan ini dimakan akan menyebabkan penyakit. Makan makanan sebaik sahaja dibuka atau disediakan. Cuba jangan simpan walaupun pada jumlah yang sedikit.
PAKAIAN – Pakaian amat bergantung kepada keadaan cuaca, lokasi anda atau samada anda mempuyai tempat untuk berteduh dari keadaan tersebut. Anda hendaklah menentukan apa yang anda perlukan berdasarkan kepada cuaca dalam situasi kecemasan. Pakaian yang sejuk dalam cuaca yang panas dan pakaian yang boleh memanaskan anda pada masa sejuk. Sediakan beberapa persalinan untuk setiap orang. Jangan memakai pakaian basah semasa cuaca sejuk.
TEMPAT BERTEDUH – Ini amat bergantung pada situasi anda dan selepas kecemasan yang anda hadapi. Beg plastik yang besar boleh digunakan sebagai baju hujan atau wind breaker dan boleh digunakan untuk berteduh di musim panas. Ia juga boleh digunakan untuk membuat khemah sementara. Belajarlah membuat khemah sementara dengan menggunakan apa yang terdapat disekeliling anda. Video khemah sementara semasa bencana di YouTube
Lain-lain keperluan semasa kecemasan
- Video Survival “Survivorman” Les Stroud
Lagi Video Survival di YouTube Lihatlah cara menghidupkan api oleh Paul Scheiter.
Lain-lain peralatan penting yang anda perlukan
- Radio Kecemasan yang menggunakan bateri. Tahu frekuensi yang perlu digunakan sebelum menggunakannya.
- Lampu suluh dan bateri tambahan …. jika anda menggunakan lilin, BERHATI-HATILAH … janganmenjadi mangsa kebakaran!
- Peti Pertolongan Cemas.
Dapatkan manual pertolongan cemas yang baik, pelajarinya.- Dua sarung tangan getah.
- Pembalut untuk menghentikan pendarahan.
- Alat pencuci/ sabun dan tuala antibiotik untuk menghalang jangkitan.
- Minyak antibiotik untuk menghalang jangkitan, Botol besar.
Minyak urut,Hidrogen Peroksida. - Minyak menahan kebakaran.
- Bendage dalam pelbagai saiz.
- Air pembersih mata.
- Thermometer
- Ubat-ubat yang secukupnya dan mendapat cara penggunaannya dari farmasi. Pastikan tarikhnya tidak luput.
- Lain-lain ubat-ubatan.
- Aspirin atau ubat penahan sakit.
- Anti-diarrhea medication
- Antacid (untuk sakit perut)
- Laxative
- Lain-lain ubat yang anda perlukan.API – Dalam kebanyakan situasi kecemasan senasa bencana, api bukan sahaja boleh menenangkan mental anda tetapi anda amat memerlukannya untuk memasak makanan, minuman malah amat berguna untuk menjauhkan binatang buas dan untuk memanaskan anda di waktu malam. Api boleh memusnahkan anda jika anda lalai dan ia juga merupakan peralatan yang terpenting yang anda perlukan semasa bencana. Ia juga amat berguna untuk menarik penyelamat ke arah anda, terutamanya melalui udara.
- Anda memerlukan catu cara untuk menghidupkan api dengan selamat. Jangan gunakan minyak!
- Pemetik api
- Mancis kalis air
- Penghidup api komersial yang banyak terdapat di pasaran
- Cebisan kecil kertas, kayu atau barang-barang lain yang mudah terbakar.
- Video mengaja cara menghidupkan api oleh Paul Scheiter di YouTube
Lain-lain peralatan yang mungkin anda perlu sediakan
- Wisel.
- Cermin untuk memberi isyarat kecemasan.
- Kapak kecil untuk memotong kayu dan batu pengasah.
- Penapis, plastik dan pita pelekat.
- Tisu basah, beg sampah.
- Playar dan spanar. Alat pertukangan serba guna.
- Lampu suluh atau kuasa solar.
- Tali yang banyak. Amat mudah untuk membangunkan khemah.
- Pisau atau pisau lipat.
- Pembuka tin makanan.
- Telefon bimbit dengan pengecas. Catatan: mungkin telefon bimbit tidak dapat berfungsi semasa kecemasan terutamanya di kawasan rendah.
- Jangan lupa bekas kalis air atau beg galas untuk membawa bekalan anda. Anda mungkin perlu lebih dari satu!
KOMUNIKASI!
Bergantung pada situasi setempat, bentuk bencana dan beberapa faktor lain yang tak dapat dilihat, anda mungkin mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain atau sesiapa sahaja apabila mereka tidak dapat dikesan.
Anda perlu ingat bahawa telefon bimbit atau telefon talian tetap mungkin tidak dapat berfungsi selama beberapa hari, minggu atau mungkin bulan dan internet dan email tidak akan berfungsi. Perkhidmatan eletrik di kawasan anda mungkin akan tergendala selama beberapa bulan.
Komunikasi jarak dekat anda mungkin hanya melalui walkie talkie. Oleh itu bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan.
Disusun dan ditulis oleh Don Butler Hamuniverse.com
