Baru-baru ini ada beberapa 9W’s bertanya kepada saya, mana yang betul setengah cakap begini, setengah cakap begitu. Mana kita nak ikut.?

Contohnya perkataan “PANCARULANG” yang digunakan oleh sebahagian dari radio amatur pada hari ini. Jawapannya mudah jika kita rujuk kepada Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 tidak ada perkataan “PANCARULANG” yang ada didalam Akta berkenaan hanyalah perkataan “PENGULANG” puas saya mencari didalam AKTA Komunikasi Dan Multimedia 1998 (AKTA558). Dan juga dalam Peraturan Komunikasi Dan Multimedia namun saya tidak terjumpa pun perkataan “PANCARULANG” Cuba kita lihat dari sudut bahasa.

Perkataan “REPEATER” jika dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia akan berbunyi “PENGULANG” Apakah yang dimaksudkan dengan “PANCARULANG“? Mungkin bahasa yang digunakan oleh Indonesia itu betul dalam bahasa mereka dan tidak tepat kalau kita gunakan disini.

“UPLINK” DAN “DOWNLINK“

Istilah ini hanya digunakan untuk Satellite sahaja. Tapi bukan digunakan untuk “pengulang”. Untuk pengulang (“repeater’) istilah yang diguna pakai ialah “Repeater Input” dan “Repeater Output”. Jadi pergunakan istilah yang tepat.

“JELOPPY” Ini adalah perkataan yang sebenar nya. Kita pernah mendengar rakan-rakan diudara menyebut cheelopi…… cherokee… dll.

“SALT MINE” Ini adalah perkataan yang sebenarnya. Kita pernah mendengar rakan-rakan menyebut. Short mine….. soft mine …..dll

QRX… QRT. Q code hanya diguna pakai untuk komunikasi kod morse. Walau bagaimanapun hari ini banyak diantara ham menggunakan QRZ? QTH? QSY? QRU? QRX… QRT dsb. berqso dalam “phone”. Pernah juga kita mendengar seseorang yang ingin berhenti dari bercakap dgn si A menyebut…….””Ok lah bang saya ada kerja sikit ni ….walaubagaimanapun set saya akan “ON” so jumpa lagi 73 QRX.” Apakah yang dimaksudkan dengan QRX? Jika kita semak kembali QRX bermaksud “Standby” dan kena beri masa contohnya …QRX 5 min…. dan satelah itu anda perlu masuk kembali dan sambung perbualan.

Satelah saya selidiki mengapa ada diantara ham apabila nak “Sign Off” dari udara menggunakan QRX mereka berkata kita tak tutup “Transceiver” kita. Transceiver kita masih lagi “ON”. Kecuali kalau kita “OFF”kan transceiver kita barulah kita sebut QRT…kita masih standby dan monitor di frequency…..”

PERLU DIINGAT DISINI KOD Q “QRT” BUKANLAH BERMAKSUD MENUTUP (OFF) ALAT TRANSCEIVER KITA…IA MEMBAWA MAKSUD “END OF TRANSMISSION (MENGAKHIRI TRANSMISI)” atau “STOP SENDING” DGN STATION yang lain. Oleh yang demikian bila kita mahu sign OFF dengan mana-mana station sign off saje lah sebut aje 73 jumpa lagi. Kalau nak guna Kod Q guna lah “QRT” bukan nya “QRX”

Panggilan CQ di Pengulang.

Ada ketikanya kita pernah mendengar ada diantara rakan-rakan ham yang memanggil di pengulang……CQ…CQ…CQ 9M2xxxx ……CQ CQ CQ.. This is 9M2xxx. Untuk pengetahuan pembaca sekelian. Dalam sebuah buku karangan seorang Ham dari Amerika Syarikat mengatakan bahawa …”Only unprofesional Ham will call CQ on Repeater” yang membawa maksud “Hanya orang yang bukan pro aje yang memanggil CQ di pengulang”. Ada pula rakan2 mengatakan kita bukannya pro, kita ni kan “Amatur”. Memang benarlah kata beliau sampai mati pun kita tak dipanggil PRO. Kita kena lihat apakah yang di maksudkan dengan “Amateur Radio” itu. Mana ada istilah ” Profesional Radio”.

Adakah menjadi satu kesalahan apabila kita memanggil CQ di pengulang….jawapannya sudah pastinya tidak. Tapi golongan yang berilmu dan berpengalaman di bidang Ham tak akan menggunakan CQ di mana-mana repeater. Mereka akan memanggil begini jika di Pengulang yang senyap dan tiada siapa menggunakannya. Orang yang bijak atau “Pro” akan berbuat begini…. “….Ada sesiapa di udara….disini 9M2xxxx……” atau “anybody on Frequency this is 9M2xxxx”

Mengapa CQ tidak digunakan di pengulang jawapannya mudah kebanyakan orang akan monitor di pengulang…berbeza dengan di HF kerana frequensinya lebar. Contohnya dari 14.000Mhz ~ 14.350Mhz tak ada ham akan standby di frequenso tertentu…., jadi persoalannya sekarang adakah anda ingin menjadi orang yang “bijak /Pro” atau anda ingin memilih manjadi……..?????…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581