1. Kurangkan penggunaan frekuensi. Trasmit hanya bila perlu sahaja.

2. Gunakan bahasa yang ringkas dan tepat – K.I.S.S (Keep it short and simple). Bahasa yang meleret-leret menyebabkan transmisi anda mengambil masa yang panjang dan menyukarkan orang lain untuk menggunakan frekuensi. Misalnya untuk menamatkan transmisi/perhubungan dengan satu stesen anda tidak perlu menyebut ‖ Baiklah 9W2FD .nampak gaya itu sahajalah maklumat yang kami dapat sampaikan. Tak dak maklumat lain dah. Tak taulah kut sekejap lagi ada maklumat lain. Tapi apapun dengan tidak mengurangkan rasa hormat kepada anda maka saya dengan ini memohon untuk qrt, semoga dapat berjumpa lagi dilain kesempatan, salam hormat dari keluarga untuk keluarga, 73 chario assalamualaikum.‖ Memadai dengan menyebut callsign anda dan OUT, misalnya ―… Ok 9W2FD. Itu sahaja maklumat yang kami ada. 9W2IPT OUT.‖

3. Anda harus memantau frekuensi yang telah diamanahkan. Kegagalan memantau menyebabkan pihak yang memanggil, samada pihak berkuasa atau pun rakan ham yang bertugas beranggapan anda tidak boleh diharap, atau sistem komunikasi radio amatur tidak boleh dipercayai.

4. Em-Comm adalah untuk membantu pihak berkuasa berkomunikasi, bukan untuk membuat hebahan seperti stesen radio komersial. Jadi ingat, sebahagian maklumat yang anda perolehi semasa bertugas tidak sepatutnya dihebahkan kepada sesiapa sahaja. Perkara ini amat penting—ingat lagi surat sumpah yang kita tandatangani semasa hendak memohon AA?; jika tidak, pihak berkuasa mungkin tidak akan dapat meletakkan kepercayaan kepada anda dan lain-lain operator radio amatur.

5. Gunakan callsign yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kekeliruan. Kenalkan diri apabila perlu sahaja. Penggunaan callsign radio amatur tidak perlu.

6. Em-Comm memerlukan anda berhubung dengan pihak berkuasa (polis, JPA3, tentera, PBSM dan sebagainya). Penggunaan slanga (slang) radio amatur, misalnya QSY V35, xyl aku tengah sakit, 73, oscar tango mike, dan sebagainya, tidak difahami oleh kebanyakkan anggota-anggota pihak berkuasa berkenaan. Oleh itu elakkan penggunaannya. Gunakanlah radio phraseology yang sesuai. Cuba belajar dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman.

Bekerja dengan Anggota Keselamatan/Pihak Berkuasa

1. First impression is important.

2. Sekiranya perlakuan anda mencurigakan, pihak berkuasa tidak akan meletakkan kepercayaan kepada anda.

3. Anda seharusnya membantu menyelesaikan masalah, bukan menambah masalah (jadi trouble maker) kepada pihak keselamatan/pihak berkuasa.

4. Tunjukkan semangat berpasukan sesama rakan-rakan radio amatur yang bertugas supaya pasukan operator radio amatur dilihat sebagai berdisiplin dan teratur.

Radio Phraseology – beberapa perkataan yang berguna.

No ContohFungsi
1OverComCent, DCC, OverGiliran ComCent untuk bercakap
2RogerRoger ComCent.Berita kami terima.
3Acknowledge/confirmDCC please acknowledge ..Tolong beritau anda dah terima berita.
4AffirmativeCom: Tolong acknowledge dah dapat fax….. DCC: Affirmative, fax dah terima.Affirmative bermaksud “Ya”
5Correction1345 ahh correction .. 1234.Terdapat kesilapan, yg betul ialah… 1234
6DisregardDisregard my last lineJangan hiraukan ayat terakhir tadi
7I spell …/ejaan …Ejaan .. Kilo India tangoEjaan perkataan itu ialah …
8WilcoCom: Tolong fax kan senarai ASAP….. DCC: OK, wilco.Baiklah saya akan buat apa yang diminta … WILCO = Menurut perintah tuan.
9OutOK berita diterima. DCC out.Untuk menandakan akhir transmisi. (amatur = QRT / clear of the frequency)

Oleh: Salleh Huddin Abdul Rashid (9W2STT/M0GJE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/mediaisl/public_html/squad99.org/my/wp-includes/functions.php on line 5581